TEMAN SUAMI KE KLINIK REHABILITASI HOSPITAL KUALA LUMPUR

TEMAN SUAMI KE KLINIK REHABILITASI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Rabu haritu aku teman Is pergi Rehabilitasi, di Hospital Kuala Lumpur. Tujuan ke sini, tak lain tak bukan, hanya untuk teruskan Is punya sesi fisioterapi yang dah lama ditinggalkan.

Datang pagi, kami parking je luar klinik. Dengan harapan tak ramai, tapi hakikatnya, ramai juga. It's okay, tunggu saja. Dah biasa pun hospital dengan sesi menunggu ni.


Datang dengan memberi surat refer dari Pakar Neurosurgeri. Kemudian staff nurse ambil berat dan tekanan darah Is. Kami diminta tunggu. Agak lama juga, mungkin ada beberapa orang patient baru yang doktor perlu kumpul history diorang.


Dalam 1 jam macam tu, nama Is dipanggil. Aku pun tolak Is dalam bilik doktor. Macam-macam lah doktor tanya. Ada dalam dua jam setengah kot duduk dalam bilik doktor tu. Macam-macam penyelidikan berlaku.

Doktor tak dapat nak decide apa masalah sebenar Is. So dia minta Is refer ke Neurologist pula. Tak kisahlah kan? Aku sanggup buat apa saja untuk kesembuhan Is. Lagipun dalam umur Is sekarang, memang dia perlu medical checkup macam-macam. Demi kesihatan, kan?

Tapi doktor masih baik. Masih izinkan Is meneruskan fisioterapi sementara tunggu detail dari Neurologist.


Aku mungkin pesakit kronik. Tapi ianya tidak mematahkan semangat aku untuk membantu dan jadi tulang belakang suami. Aku sanggup berkorban kudrat demi kesembuhan suami aku walaupun ada yang rasa pengorbanan aku sia-sia. Walaupun doktor kata tak ada harapan lagi untuk Is sembuh.

Apa pilihan aku selain usaha dan menjadi kuat?
Aku anggap ini semua adalah amal usaha untuk aku berehat-rehat disana nanti. InsyaAllah.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments