4 FEBRUARI 2020 : RAIKAN BIRTHDAY MUHAMMAD UMAR DENGAN ANNIVERSARY TOKBAH DAN OMMA

4 FEBRUARI 2020 : RAIKAN BIRTHDAY MUHAMMAD UMAR DENGAN ANNIVERSARY TOKBAH DAN OMMA - Amboiii... lama kemain baru nak update. Haaa dia bila saka menaip dah muncul, dia mulalah nak cerita macam-macam.

4 Februari . Ini tarikh anniversary perkahwinan Abah dengan Mama. Masa adik ipar aku Ain, haritu mengandung, kemain lah Abah dengan Mama mendoakan cucu pertama ni lahir sama tarikh dengan hari anniversary depa. Tup-tup, Allah Taala perkenankan doa Abah dengan Mama.


Lahir si kecik comel hensem anak soleh tu pada 4 Februari 2018. Tahun yang sama juga, Walid Umar jatuh sakit. Tapi manja kemain dia dengan Walid dia. Walid pun sayang dia separuh nyawa.

4 Februari 2020 haritu, genaplah Baby Umar 2 tahun. Tahun lepas memang tak sambut birthday dia, sebab Tokbah dengan Omma dekat Makkah. Tahun ni Bonda pujuk Omma buat birthday Baby Umar. Kesian dia, asyik tumpang birthday party orang lain je.


So, Baby Umar dapat dua kali birthday party. Satu sambut dekat Nursery, satu lagi sambut dekat rumah. Dekat nursery, nampaklah muka excited dia, muka happy sebab sambut dengan kawan-kawan. Happy sangat tengok muka anak menakan aku ni. Kalau tak, sedih je tengok menumpang birthday orang. Haha !


Yang best bila Mama kau seorang baker, dia akan buat kek ! Memang birthday kami adik-beradik, jarang beli kek dekat luar. Mama memang akan tolong buatkan kek. Rasa kek Mama memang tiptop, tapi bab decorate, kau jangan complain.

Since Baby Umar suka Baby Shark doo doo doo , dengan Didi & Friends, Omma dia pun cari lah kartun-kartun tu untuk diperhiaskan atas kek. Ahaaa ~ suka tak Umar sayang?



Balik je rumah, ada birthday celebration lagi. Tapi family kami je la. Mama tak larat nak masak beria-ria. Order western je untuk kami makan anak beranak. Alhamdulillah cukuplah dengan keluarga kecil kami, kan? Yang pasti, Baby Umar tak bagi kerjasama semasa bergambar.


Tapi dia suka pakai birthday cap tu. Comel kan kan?


Secomel kek birthday dia yang bonda tolong decorate secara merapu juga. Padahal tolong uli fondant je biar nampak abstract sikit. Haha.. By the way, dua-dua kek ni jenis butter rainbow cake, simple-simple je Omma Umar buatkan.


Dah sambut birthday Baby Umar, jangan lupa pula Anniversary Tokbah dan Omma. Haaa kira celebrate sekalilah kan? Aku harap sangat ada rezeki lebih boleh belanja Abah dengan Mama makan. At least sekali seumur hidup. Rezeki tu tak sampai lagi. I mean... rezeki dari aku la, bukan guna duit Is ke apa.. Doakan ya, moga terlaksana dan termakbul juga niat aku ni.

Semoga ukhwah silaturrahim kami sekeluarga terjalin hingga ke syurga. Semoga Muhammad Umar membesar dengan cerdik dan soleh. Semoga perkahwinan Abah dan Mama kekal hingga ke syurga. Ameen ameen ya rabbal a'lameen ~

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments