JOM MELANCONG DENGAN MATTA FAIR 2020

JOM MELANCONG DENGAN MATTA FAIR 2020 - Siapa yang suka melancong? Cuba bagitau ada ke manusia yang tak suka melancong? Ye. Jawapan aku ada je orang yang tak suka melancong, yang rasa duit untuk pergi melancong tu adalah membazir. Ada, tapi tak ramai.

Tapi bagi aku, melancong ni adalah satu perbuatan untuk korang reward diri korang sendiri. Percaya lah kepada keajaiban melancong. Luar negara ke dalam negara ke, tak kisah. Bila minda korang dah tepu dengan bekerja, pergi la somewhere yang korang boleh berehat, sedut angin dan udara yang segar. Buat ‘me time’ dengan diri korang sendiri.




Bagi yang suka melancong, aku ada berita baik untuk korang hari ni. Nak tau apa dia? MATTA Fair is back uolssss! Yes ! Bagi korang yang dah rasa promo-promo MATTA Fair pada tahun lepas, korang pasti akan tertunggu-tunggu MATTA Fair untuk tahun ni. Mana tidak-nya, harga bagi pakej percutian memang kaw-kaw dia bagi. Rugi uiiii kalau korang tak grab !

Pada yang belum tau, MATTA ni nama penuh dia Malaysia Association of Tour & Travel Agent, di mana persatuan bagi agensi-agensi pelancongan di Malaysia ni bergabung dan menjayakan pameran pelancongan untuk kita rakyat Malaysia.

Objektif yang di bawa oleh persatuan ini ialah “to promote the interest of travel and tour industry in Malaysia”. Haa..... Dan persatuan ini bernaung di bawah Ministry of Tourism, Art and Culture Malaysia. Jadi jangan bimbang!





Manalah tahu, kot-kot korang terjumpa pakej terlajak murah, korang takut kena scam ke kan? Diaorang ada rekod and boleh trace siapa yang menipu tu. Don't worry k?
Seperti tahun yang lepas, MATTA Fair secara besar-besaran akan dilangsungkan di PWTC selama 3 hari pada bulan Mac dan September. Tapi untuk tahun ni di anjakkan ke depan sedikit iaitu pada bulan Mei. Lokasi masih sama.

So senang la untuk korang bergerak naik public transport terutama train. Tak perlu pening-pening cari parking. Tiket masuk bagi MATTA Fair ni pula adalah RM4/seorang.



APA YANG KORANG BOLEH CARI DI MATTA FAIR


Banyak weii..... Korang nak dapatkan pakej percutian ke luar negara? Ada. Tahun lepas, rekod mencatatkan terdapat 14 pempamer bagi Foreign National Tourism Organization. So korang boleh bayangkan la, organisasi pelancongan dari luar negara pun datang nak bagi pakej murah-murah kat MATTA Fair ni.

Dia punya meriah sama macam pesta buku dah aku tengok. So kalau korang nak tengok-tengok, survey harga melancong ke luar negara, boleh la check it out kat sini nanti okay?

Kalau korang nak travel dalam negara pun, tak ada masalah. Kalau ikut rekod yang 2019, ada 12 pempamer bagi Local State Tourism Organization yang bakal memberi pakej percutian dengan harga terbaik dari ladang untuk korang. Dari Johor sehingga ke Perlis, sambung bercuti ke Brunei. No problem.



Selalunya booth untuk percutian dalam Malaysia ni, yang akan busy adalah booth Tourism Sabah dengan Johor Tourism. Tapi nak ke negeri lain pun no hal. Banyak.

Jangan lupa jugak intai-intai sikit booth untuk pakej murah ke Umrah tau. Haa..... Jangan terkejut ! ada jugak pakej untuk mengerjakan umrah. Yang ni memang paling penting untuk korang yang dah ada plan nak pergi buat umrah pada masa akan datang. 

Korang perlu ingat juga, bahawa pameran pelancongan ni bukannya terhad kepada pakej percutian je, korang boleh dapatkan tawaran tiket penerbangan murah, promo-promo untuk hotel & resort, pakej utnuk tiket-tiket theme park macam Legoland, even cruise pun ada. Mana yang pernah berangan nak titanic hujung cruise, boleh try survey harga dulu okay.

Tapi andai kata korang terlepas untuk ke MATTA Fair dan gagal untuk dapatkan Malaysia Airline discount promo kat situ, janganlah berduka lara. Ingatlah, hidup ni banyak pilihan. Jangan berputus asa, korang masih ada jalan lain.



Berbalik lah kepada Traveloka yang setia berada dalam smartphone korang tu. Mentang-mentang ada MATTA Fair, tak layan dah Traveloka. Eh, come on, promo and deals kat Traveloka pun boleh tahan apa. Setanding juga dengan MATTA Fair tu. Korang siap boleh bergolek-golek lagi atas katil sambil tekan-tekan phone.

So, korang dah standby tak untuk berdepan dengan pakej-pakej yang bakal ditawarkan kat korang? Standby untuk apa? Standby untuk pening kepala dan keliru depan booth agensi-agensi pelancongan tu.

Korang bakal berdepan dengan keputusan yang sukar untuk korang lakukan. So dah boleh survey destinasi menarik, letak dalam busket list. Bersiap sedia dengan soalan-soalan yang akan korang tanya kat abang kakak yang jaga booth tu.

Aku doakan korang dapat harga yang bakal menepati bajet poket korang. Selamat berjaya guys!



Post a Comment

17 Comments

  1. Kita suka usha travelok.. Tak mampu nak bersesak dekat matta fair

    ReplyDelete
  2. Dah lama betul tak jejak kaki ke Matta Fair ni..

    ReplyDelete
  3. Tawaran di Traveloka memang terbaik 👍

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pergi ke matta fair bila ajak husband je mesti dia mengelak sebab tak suka tempat ramai orang. Sebab tu memang usha pakej menarik dari agensi kat online je. Lepas reda Covid-19 nanti boleh plan balik pergi holiday dengan family hee

    ReplyDelete
  5. Matta Fair nak datang dah. Tapi dengan penularan wabak terbaharu ni kita tengok industri pelancongan macamana....

    ReplyDelete
  6. saya suka pergi travel.. tp nak bajet sbb anak ramai.. hahaha.. so kat MATTA Fair ni sesuai la kan nak cari pakej travel yg murah tapi berbaloi..

    ReplyDelete
  7. tak pernah ke matta fair di pwtc sana.
    teringin lah nak merasa offer yg ada. kabo nyer semua best best kan.
    holiday ni perlu. release stress sekeluarga dgn berjalan2.

    ReplyDelete
  8. memang tak lah nak pergi sini. Tak daya nak menolak godaan nak ejen pelancongan nanti haha

    ReplyDelete
  9. Bought some attraction passes through traveloka before and it's indeed good deal and hassle free.

    ReplyDelete
  10. Yeay!!!!!!!! Matta Fair one of the best fair to attend. Macam2 pakej travel boley dpt kat sana.

    ReplyDelete
  11. Kakibtravel memang suka kalau ada Matta Fair ni sebab diorang akan dapat banyak tawaran pakej yang best best kan

    ReplyDelete
  12. wah acara yang tak pernah miss ni kalau ke KL. banyak pakej2 menarik kat sana

    ReplyDelete
  13. Sis kalau ke Matta Fair sure sesak nafas..x boleh sgt gan org ramai2 ni. Tahun ni tak travel mana2 lah kot..berehat je le kat umah

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni kerajaan tengah promote melancong dalam negara sebab ada kes Corvid-19 ni huhuhuhu kita pun ada plan nak pergi banyak lagi negeri tak melancong dalam negara....

    ReplyDelete
  15. Percaya tak Rawlins tak pernah pergi MATTA sebab tak suka bersesak. Travel group kami memang akan lantik seorang yang rajin pusing MATTA dan mencari promosi terbaik

    ReplyDelete
  16. Wahhhh syiok nie !! Tiap tahun mesti pergi matta fair utk survey2 pakej percutian dan tiket flight

    ReplyDelete
  17. Okay nanti habis Covid19 ni boleh belek lagi, boleh laaa travel mana nak pergi kann...

    ReplyDelete