TAKZIAH, PELAWAK TERKENAL ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIA

TAKZIAH, PELAWAK TERKENAL ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIA - Terkejut pagi ni dikejutkan lagi dengan pemergian pelawak yang sangat menceriakan hari aku, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffry.


Berita ini bukan saja mengejutkan kami sebagai peminat, tapi keluarga juga. Abam tidak meninggalkan sebarang tanda, cuma sakit kepala dan demam. Tetapi arwah menolak untuk dibawa ke hospital.

Seusai isteri arwah, Nor Hidayah, ingin mengejutnya solat subuh, dia sedar, Abam sudah tidak bernafas lagi.


Abam Bocey pernah menghiburkan kita dalam industri seni tanah air sebagai pelawak. Pernah memenangi Anugerah Pelawak Lelaki Popular ABPBH 2014,2015 . Arwah juga merupakan abang kepada Ali Puteh. Pemergian arwah sangat dirasai oleh peminat.

Sesungguh lawak dari arwah sentiasa buat aku dan suami gelak sakan. Lawak yang sangat natural tanpa dibuat-buat. Kami akan merindui lawak-lawak spontan darimu, Abam. Innalillahiwainnailaihirojiun :( Salam takziah buat Ali Puteh sekeluarga.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments

  1. salam takziah untuk keluarga Abam. Terkejut sangat.

    ReplyDelete
  2. sgt la minat abam ni. he was so simple and relax.
    aduhai... sgt kehilangan ni dlm seni lawak negara. he is the best!
    tadi tgk video fad sampai klia, Allahu Akbar, sayunya la kan...
    teman sama2 mencari rezeki. teman sama2 menghiburkan org lain. kini dah tiada di sisi.

    ReplyDelete