RESEPI AYAM GAJUS AUNI STYLE

RESEPI AYAM GAJUS AUNI STYLE - Assalamualaikum wbt. Korang sihat? Haritu kan aku teringin nak makan ayam gajus ala-ala chinese style. Lepas tu tekak macam bosan je nak makan makanan melayu. Kah! Acah sangat. So.... aku saja nak share resepi Ayam Gajus style aku yang main campak-campak ni. Dah nama style aku, so ada yang aku letak, ada yang tidak.


RESEPI AYAM GAJUS AUNI STYLE

Bahan-bahan :

Isi ayam - dipotong kiub
Tepung jagung
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
------------------------------------------
3 sudu besar kicap ABC
1 sudu besar sos tiram
Air secawan
Gajus - digoreng
Cili kering - digunting dan direndam
Bawang putih cincang

Cara-cara :

Ayam digaul dengan garam dan serbuk lada hitam, salutkan dengan tapung jagung dan goreng. Letak di tepi. Campurkan air, kicap ABC dan sos tiram ke dalam mangkuk.

Kemudian, tumis bawang putih, masukkan sos. Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengan air dan tuang ke dalam sos. Biarkan masak sebentar dan masukkan ayam, cili kering dan gajus. Nak sedap lagi, letak daun bawang.

Selamat mencuba :)

Post a Comment

0 Comments