SINOPSIS GHAIRAH (ASTRO CITRA)


Dah lama tak layan Sara Ali berlakon. Jangan lupa menyaksikan telefilem Ghairah. di saluran Astro Citra dan Citra HD, pada Sabtu ini, jam 9:00 malam.

JUDUL : GHAIRAH
HARI/MASA :  Sabtu, 8 Februari 2020, 9:00 malam
SLOT : Astro Citra dan Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Megat Sharizal
PENERBIT : Dear Creative Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar

SINOPSIS GHAIRAH

Dhani adalah seorang ejen hartanah yang terkenal. Tanpa dia sedar, dia telah mengalami tekanan jiwa selepas membunuh ibu dan teman lelakinya ketika dia masih kecil.

Ara, adalah seorang isteri yang sangat setia dan amat menyayangi Dhani. Pada satu hari, Ara telah melanggar Dhani selepas melihat satu insiden. Akibatnya, Dhani kemalangan dan hilang ingatan.

Di rumah mereka, Ara melayani Dhani penuh kasih sayang. Dhani melihat satu stor di luar rumah mereka dan mula curiga dan ingin tahu apa yang ada di dalam stor itu. Sehingga pada satu hari, Dhani menemui keratan-keratan akhbar tentang orang hilang. Dhani mengesyaki Ara.


Post a Comment

1 Comments

  1. sgt nak tgk citer ni. but kena tunggu la kalau2 kluar kat utube, auni.
    aida x langgan citra.
    menarik bila tgk iklan nyer. sara ali tu something sgt, kan...

    ReplyDelete