SINOPSIS MAAF TAK INDAH (TV3)


JUDUL : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
PENGARAH : Zamri Zakaria
PENERBIT : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan, Yumna Ayuna, Muhammad Mikael Kahirul Izzad




SINOPSIS MAAF TAK INDAH



Hidup Syazan dan Raimie sangat bahagia pada awalnya, sehingga Syazan disahkan mengandung. Sifat Syazan yang terlalu kebudak-budakan membuatkan dia tidak dapat menerima kandungannya itu.

Syazan bercadang untuk menggugurkan kandungannya. Namun, akhirnya dia terpaksa melahirkan anaknya yang lahir pramatang. Anak yang diberi nama Adam itu menyedarkan Syazan dan serta merta merubah sikap Syazan.

Namun, Raimie terlalu sakit hati dan tidak dapat menerima perbuatan Syazan. Syazan tidak dibenarkan menyentuh Adam. Bukan itu saja, Raimie juga menceraikan Syazan dan memisahkan Syazan dengan Adam.


Sudah jatuh ditimpa tangga, Syazan turut dibuang keluarga akibat perlakuan dia yang ingin menggugurkan kandungannya itu. Lebih melukakan hati Syazan, adalah bila dia melihat Raimie menjalinkan hubungan dengan Zila.



Selepas 5 tahun, Syazan dan Raimie dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun langsung tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.


Post a Comment

0 Comments