SINOPSIS TIADA LAGI (TV3)




JUDUL : TIADA LAGI
HARI/MASA: Sabtu, 22 Februari 2020, 10:00 malam 
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Man Kobena
PENERBIT : Ace Technoscience Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda, Aryanti, Naura Arissa Shazrin, Mili Supina



SINOPSIS DRAMA TIADA LAGI


Mengisahkan tentang kehidupan Datuk Nizar dan Datin Nurin Azalea yang awalnya bahagia. Mereka sudah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-15. Namun, Nurin Azalea tidak mengetahui bahawa Nizar memasang perempuan lain di belakangnya.



Fatin, adalah isteri kepada Iskandar, yang telah menjalinkan hubungan dengan Nizar. Namun, dia menafikan perkara itu dari Iskandar dan mengakui hubungannya dengan Nizar hanya tidak lebih dari seorang klien.




Iskandar terlalu menyayangi Fatin dan tidak dapat menerima perbuatan Fatin dibelakangnya. Dia mula menjejaki keluarga Nizar.

Satu hari, Iskandar telah menculik Nurin Azalea dan menunjukkan bukti bahawa Nizar sudah mengahwini Fatin. Hati Nurin cukup terluka. Dia mula berpakat dengan Iskandar untuk mengenakan dan memecahkan rahsia Nizar dan Fatin.



Masihkah ada rasa sayang dan kasih di antara mereka, disaat cinta dan kasih sayang antara mereka dikhianati? Jangan lupa saksikan drama menarik ini di slot Cerekarama, TV3.

-auni-



Post a Comment

0 Comments