VIRAL WANITA MENJERIT KERANA KERETA DITUNDA DEPRESSI PUNCA SEGALA..

VIRAL WANITA MENJERIT KERANA KERETA DITUNDA, DEPRESSI PUNCA SEGALA.. Assalamualaikum wbt. Aku tak tahu aku ni terlalu emosi atau sedang memahami keadaan. Beberapa hari ni viral video seorang wanita yang mengamuk, menjerit, baling kon dan meludah disaat penguatkuasa MBSA menunda keretanya.


Bila ada yang post video ini didalam group, satu yang aku fikir, wanita ini ada kesakitan dalaman. Stress dan kemurungan bercampur aduk. Aku tahu, sebab aku juga pernah hilang kawalan disaat aku diserang kemurungan dulu.

Tiba-tiba aku ternampak post ini di dalam satu page. As usual, aku suka untuk scroll comment, dan ketika itu aku sedih.

Macam-macam tohmahan yang dilemparkan pada wanita itu. Seolah-olah dia hanya berlakon untuk memperoleh pelepasan dari pihak MBSA.

Ada pula yang share video ini dengan caption .. "Next time who towing your car, please do like this... Hahaha".. Not funny Bro.

At first aku salahkan PERAKAM YANG MENYEBARKAN video ni. Pasal kau, ramai buat dosa. Pasal kau, kemungkinan akak ni akan jadi lebih stress.

Tak ada orang normal yang akan bertindak seperti wanita berkenaan. Yang aku tahu, dia "sakit" . Dan telaah aku mungkin betul bila aku baca satu statement ini..


Depressi... Ianya bukan sesuatu yang korang perlu create. Ianya datang sendiri kerana hormon di dalam otak berkurangan. Ianya akan suddenly datang & exploit. Kita akan jadi hilang kawalan walaupun kita cuba mengawal. Kalaulah orang tahu betapa siksanya...

Aku cuma mendoakan semoga wanita itu tabah jika apa yang digembar-gemburkan tentang kehidupannya itu benar-benar berlaku. Bukan mudah menerima pemergian insan tersayang, disaat hati memerlukan seseorang, dan orang itu turut pergi jauh dari hidup.

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments