VISIT MALAYSIA 2020 RUN : BERJUANG SUPAYA TAK JADI YANG TERAKHIR

VISIT MALAYSIA 2020 RUN : BERJUANG SUPAYA TAK JADI YANG TERAKHIR - Dua minggu dah event ni, baru rasa nak share. Takde apa sangat pun aku nak share sebenarnya. Korang bosan ke tidak baca entri aku running walk ni? Haha


Bila tengok event Visit Malaysia 2020 ni dekat Padang Merbok, terus berkira-kira nak pergi. Seram bila teringat bukit bukau sepanjang jalan. Tapi disebabkan aku memang obses dengan event anjuran AGE ni, so aku gagahi juga untuk join. Macam biasa, aku ajak Aboy untuk teman aku.


Muka aku memang rabak macam penagih masa ni sebab aku tak cukup tidur. Dengan suami aku jadi mangsa. Tapi mendapat suami baik dan memahami memang menjadi idaman setiap wanita kan? Aku bersyukur sangat Is tak pernah berkira nak hantar aku join event running ni, dia memang tahu aku cepat rasa lonely. Thanks sayang. You always be my best man ~


Datang awal pagi, dengan harapan nak berzumba duduk paling depan. Tapi disebabkan aku teringat masa event Time Vs Run 2019 haritu, lepas zumba aku yang paling belakang, maka aku decide aku malas nak duduk depan sangat.

Masa nak get ready untuk running, aku penuh semangat berkobar-kobar. Padahal dalam hati takut sangat. Takut paling last. Entah kenapa rasa anxious sangat masa ni.




Masa running tu, aku memang berpimpin tangan dengan Aboy, sampai ramai ingat kami kekasih. Padahal adik beradik. Aduhai.... Oh ya, kau bayangkan, punyalah taknak jadi yang terakhir, aku running sambil pejam mata.

Dan.... alhamdulillah. Aku mencapai target aku supaya tidak menjadi yang terakhir. Bukan juga yang paling awal tapi ada improvement lah kan? Bangga kejap. Sampai organizer gelakkan aku. Kalau tak, asyik muka aku je mesti sampai last sekali.


Sekali lagi jumpa kawan-kawan masa event. Selalunya bila event funrun, aku hanya akan pergi dengan Aboy atau geng dengan staff nurse aku, Kak Mija. Tapi selalu juga jumpa kawan-kawan lain dalam event funrun. Bukan itu saja, sambil buat kawan juga dalam ebent ni.

Antara yang bertegur dengan aku dalam event Visit Malaysia 2020 Run ini adalah Kak Nur dengan Kak Rashidah. Kak Nur adalah geng zaman jadi pendengar Bapakku.fm dulu. Kak Rashidah pula rakan senasib dalam dunia dialisis @ End Stage Renal Failure.


Medal untuk event Visit Malaysia 2020 Run ini agak cantik, cuma dari segi susunan event, ianya hambar. Ramai mengharapkan lebih, contohnya booth yang menarik sebagai tarikan Malaysia itu sendiri, tetapi yang diharapkan tiada.

Malah hanya ada beberapa orang saja yang berlari memakai pakaian bertemakan Malaysia. Aku berharap penganjur akan lebih ambil pusing untuk event yang akan datang. Adakan booth yang sesuai dengan tema majlis.


Sebenarnya aku tak berapa kisah pun jika aku masih sampai yang terakhir. Aku masih bangga dengan semangat aku yang tak pernah nak kenal erti putus asa. Sentiasa menghampiri putus asa tapi naluri aku sentiasa menyokong supaya aku terus bersemangat.




Banyak sangat yang aku lalui. Hanya dengan event macam ni aku dapat melepaskan segala kesedihan dan amarah aku. Aku harap kekuatan yang aku ada sekarang, tidak akan berkurang malah dilebihkan lagi. Aku nak suntik kembali semangat positif aku yang dah lama lari entah ke mana :)

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments