WALK FOR HUMANITY 2020 : DUO SUAMI ISTERI KURANG UPAYA DEMI SOKONGAN KEMANUSIAAN

WALK FOR HUMANITY 2020 : DUO SUAMI ISTERI KURANG UPAYA - Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dah selesai event Walk For Humanity 2020. Nanti aku cerita sikit tentang Walk For Humanity ni.

Sebenarnya aku hanya register sebab Is kata nak join. Dia teringin nak join event riadah macam ni. Syukur sangat kami diberi peluang dalam event kemanusiaan anjuran MyCARE & Rose2Rose serta beberapa perbadanan NGO/NPO. Aku dulu berangan nak join NGO tapi sebab condition aku yang mental kadang breakdown, aku tak berani.


Berbalik pada cerita event, aku bangun pukul 3 pagi semata-mata nak bersiap ke Serdang. Sebab Is ni kalah aku kalau mandi, dia mandi lagi lama dari aku. Lepas dah bersiap semua, kami gerak dalam pukul 5:30am dari Rawang.

Sampai di MAEPS (MARDI) Serdang, aku nampak ada beberapa buah bas yang datang hantar peserta event. Teruja pula aku tengok ramai-ramai. Pagi dimulai dengan solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah.


Selepas menunaikan solat Subuh, para peserta dijemput untuk sama-sama join exercise ringan. Aku ingatkan ada zumba. Dah excited nak tengok suami aku bergelek, sekali senaman biasa-biasa je.

Masa aku tolak Is, ramai mata yang memandang. Paling ramai budak-budak lah. Pelik gamaknya tengok "budak sedarjah" dengan depa. Aku senyum je tau.


Lepas buat senaman ringan, kami diminta berkumpul. Hajat hati nak berdiri paling depan, tapi disuruh berdiri di belakang untuk yang berkerusi roda. Terpaksa juga aku akur.

Masa berkumpul tu, dapatlah berkenalan dengan Uncle yang dekat kerusi roda tu. Speaking sokmo dia. Aku suspek beliau antara orang kuat dalam event ni.

YB Ustaz Hasanuddin sedang menolak Is.

Bila peserta 5km bermula, ada seorang hamba Allah cakap...

..".. Izinkan saya bagi penghormatan untuk menolak suami Puan..." .. aku senyum. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya itu adalah YB Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, ditemani isteri, Puan Sharifah Mahiza. Ya Allah... rupanya beliau adalah somebody tapi mesra rakyat sangat !



Aku? Memang masa ni dah jauh tertinggal dekat belakang. Almaklum aku ni memang sentiasa lambat. Actually aku first time dekat MARDI ni, tak sangka bukit bukau dia sangat memenatkan aku. Tapi aku tak give up okay. As well... aku akan lawan.

Bersama orang-orang kuat MyCARE. Puan Roha Hassan yang bercermin mata.

Di pertengahan jalan tu, ada seorang wanita menyapa aku. Sekali lagi, aku langsung tak mengenali beliau. Sehingga beliau sendiri mengenalkan diri sebagai Puan Roha Hassan. Rupa-rupanya, beliau seorang Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCare). MasyaAllah, aku jumpa orang-orang hebat dalam event ini.

Bukan itu saja, Puan Roha menghulurkan tangan dan berpimpin tangan bersama aku di pertengahan jalan hingga ke penghabisan. Alhamdulillah... Done 5km.


Muka Is dah letih gila masa ni. Aku pula dah start hypo. Aku cuba tahan tapi kali ni aku memang letih semacam . Overdose punya letih. Air mineral tu kejap je aku teguk sebotol nak habis. Memang dehydrated teruk. Muka pula memang sunburn habis.

But then, aku dengan Is berjaya. Alhamdulillah. Niat hati nak duo tak jadi, tapi tetap kami di event yang sama dan dapat habiskan 5km bersama-sama. Yang paling legit, Is pakai sandal. Hahaha tak sport langsung laki aku ni tau.


Medal cantik terukir dari kayu. Dengan cogan kata, Be Healthy Do Charity di belakang, buat aku tersenyum. Aku pertama kali join event kemanusiaan dalam ni. Betapa aku tengok ramai manusia yang baik hati. Aku sebak. Dalam event ini, ramai warganegara asing yang join atas dasar kemanusiaan.


Bercerita tentang MyCARE, atau Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) ini adalah satu Pertubuhan Bukan Untung @ Non-Profit Organization (NPO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ahli Komuniti Kemanusiaan Asia Tenggara (SEAHUM).




MyCARE mempunyai 6 agensi kemanusiaan, iaitu Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, NICE, PACE dan Salam Iraq. Sebelum penubuhan MyCARE, agensi-agensi ini bekerja secara bebas. Penggabungan agensi-agensi ini di bawah MyCARE membolehkan semua usaha kemanusiaan bersatu di bawah satu payung supaya semua potensi, sumber dan kepakaran dapat dikongsi dan bersinergi untuk manfaat kemanusiaan.

Murni kan usaha diorang? Untuk pengetahuan korang, ini adalah event Walk For Humanity ini adalah kali-5 pada tahun ke-5 diadakan. Kenapalah aku baru tahu? Ralat tau !


Aku, seorang pesakit kronik yang mengidapi Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir (ESRF), Papilarry Thyroid CA (Thyroid Cancer) , Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD), Mild-Depressive & Anxiety, serta suamiku seorang pengidap Muscular Dystrophy, akan bersatu hati dalam aktiviti seperti ini. Kami faham keadaan dikala memerlukan.




Dimana aku sentiasa mendidik diri untuk menjadi seperti orang lain, begitu juga Is. Aku nak sama-sama naik. Biar orang nampak, pesakit kronik macam kami saling memerlukan dan menjadi kuat untuk menjaga satu sama lain.

Aku berbangga dengan suami aku, seperti mana dia selalu cakap, dia bangga dengan aku. Semoga kami terus bersama, di dunia hingga akhirat sana. Hingga ke syurga firdausi, insyaAllah.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments