27 FEBRUARI 2020 : HAPPY 30TH BIRTHDAY , AUNI AFIQAH BT MUTHAL'LIB !

27 FEBRUARI 2020 : HAPPY 30TH BIRTHDAY , AUNI AFIQAH BT MUTHAL'LIB ! - Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT, aku tak sangka aku masih hidup di saat aku berumur 30 tahun. Entah kenapa ada naluri tak best, bila rasa umur 30 tahun ini, Allah Taala akan tarik nyawa aku.. hmm.. Nauzubillahminzalik..


Macam tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak celebrate sangat. Biasanya Is akan belanja makan, lepas tu turn Mama buat makan-makan sikit kami satu family.

27hb Fenruari 2020, jatuh pada hari aku dialisis. Seronok sikit tahun ni sebab ramai patient wish birthday aku. Bukan apa, selalunya aku tak kecoh pada sesiapa pun kalau birthday aku. Tahun ni aku hyperactive sikit.


So, lepas dialisis, Is belanja aku makan dekat Manhattan Fish Market di Melawati Mall. Aku ni bila dah mabuk, selera makan pun terumbang-ambing juga. Tapi aku follow je la, dah orang nak belanja kan kan kan?




Alhamdulillah perut terisi. Terima kasih wahai suamiku Norzam Iskandar. Aku order ikan dori, Is order udang. Masing-masing ada garlic rice dekat dalam menu. Cuma, yang spoiled sebab terlalu kuat rasa mayo. Yang lain bagi aku, sedap. And aku appreciated suami tersayang belanja aku makan sini. Dah lama mengidam sebenarnya.

Thanks my dear lovely husband, Norzam Iskandar.

Dah makan tu, dalam hati ingat nak ajak Is tengok wayang ke, karaoke ke.. Tapi disebabkan aku memang tengah blurry je lepas dialisis, aku ajak Is balik. Dah balik sampai depan rumah, bukan terus masuk rumah. Kami tidur dalam kereta kejap. Masing-masing flat, letih.


Tiba-tiba aku dapat call dari Mama. Mama bising sebab dia call Abah tak jawab-jawab. Aku punyalah terkejut, so mamai-mamai masuk rumah. Pelik pula pintu tak berkunci, biasanya grill tu sentiasa berkunci kalau Abah kat rumah pun.. Disebabkan mamai, aku tak expect apa-apa.

Masuk rumah, rumah bersepah. Tengok Abah kat tangga, aku membebel la.. "Abah... Mama cakap Mama call Abah tak jawab bla bla bla... " .. Sekali.. aku dengar ada orang nyanyi lagu Happy Birthday To You ~~~

Aku nampak Mama ! Dekat atas meja dah ada belon surprise dengan kek. Dah siap Abah buat video pun. Ahaks ~ dalam terpinga-pinga aku peluk lah Mama.. say thanks as well.


29th February 2020. Aku dialisis macam biasa. Senyum tak putus je haritu. Dari pagi aku happy je walaupun dialysis lambat. Lepas tu aku happy sebab aku dialisis smooth je haritu. Tiub Permanent Catheters aku bagi kerjasama sepenuhnya alhamdulillah.

Cuma, aku kena Anxiety Attack lagi. Sekali lagi nafas cungap. Terpaksa lagi sarung oxygen. Dah sarung oxygen baru aku lena tidur. Aku ada dapat satu call, tapi aku tak jawab. Ingat takdelah yang penting pun. So, aku continue tidur.



Dalam tengah sedap lena tidur, tiba-tiba dengar SN Fauziah panggil aku, lepas tu nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY. Aku blank okay..... terus ingat surprise dari suami tercinta, rupanya bukan juga. Aku masih blurry, dengan aku berselirat tiub tu, budak delivery nak ambil gambar aku pula. Okay okay, sedia untuk posing dalam keadaan yang entah apa itu.

Then, aku macam boleh agak dari siapa pemberian yang bertulis "Secret Buddies" tu. Aku terus hint dekat Whatsapp, dan empunya diri timbulkan diri. Haha ! Dah boleh agak dah.. siapa je kawan aku yang ikutkan je apa yang aku teringin, hanya staff nurse kesayangan yang seorang ini laaa..

Anyway terima kasih cik misi kesayangan. Awak selalu support macam-macam keinginan saya. Dah lah event funrun pun awak juga support. Sayangnya awak pada saya..... Appreciated sangat tau !





Balik rumah, Mama asyik tanya aku nak makan apa. Aku ni jadi minah blur je kebelakangan ni.  Entah kenapa tak boleh nak berfikir dengan sempurna. Aduhai.. So , aku cakaplah nak makan Kenny Rogers. Tapi takde delivery pula. Nak keluar rumah memang malas ye uolsss malam-malam ni.

Dah itu ini tak ada, kita makan Pizza Hut jela. Aku pelik laa.. kenapa Pizza Hut copy Domino's punya roti sikit? Aku rindu crust Pizza Hut yang original weh...!




Yang bestnya, aku tak makan pun. Aku jadi kehausan sangat-sangat. Haus mengatasi rasa lapar aku. Asyik minum air bagai lupa diri yang aku ni sakit. Aku jadi nanny jaga Muhammad Umar je.

Aliah pula, balik dari Rembau, sempat juga dia hadiahkan aku biskut kegemaran aku, Famous Amos. Alhamdulillah. Adik aku yang seorang ni, memang rajin sungguh hadiahkan aku macam-macam.


Apapun, aku berterima kasih pada Mama yang banyak spend itu ini untuk birthday aku. Patutnya aku yang belanja Mama yang berjasa melahirkan aku. Bilalah aku ada rezeki ni belanja family aku di hari ulangtahun aku ni? Aku harap masih ada masa untuk aku melunaskan hasrat aku. InsyaAllah. Moga panjang lagi umur aku. InsyaAllah, ameen.


Alhamdulillah. Banyak kekhilafan aku sepanjang 30 tahun ini. Namun Allah Taala masih beri aku ruang dan peluang untuk menjadi lebih baik. Allah Taala berikan aku ujian, selama 30 tahun ini alhamdulillah aku atasi dengan kesabaran.

Aku bukanlah seorang hamba yang sentiasa redha, adakala mengeluh juga. Khilaf aku di situ. Aku acapkali mengeluh dan iri hati. Allah Taala bagi aku peluang banyak, untuk aku renung segala kekhilafan aku.




Ya Allah, moga umur aku masih panjang. Biarlah aku merasa berjasa kepada ibu bapaku. Biarlah aku menjadi isteri paling cekal sebelum akhir nafasku.

Terima kasih keluarga dan sahabat yang bagi ucapan dan doa yang baik-baik pada seketul Auni Afiqah ini. Moga Allah Taala sentiasa merahmati dan melindungi kita semua.

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga Auni bahagia, sihat dan maintain comel sentiasa...

    ReplyDelete