BUNUH IBU SENDIRI : INI KISAH GYPSY ROSE BLANCHARD

BUNUH IBU SENDIRI : INI KISAH GYPSY ROSE BLANCHARD - Melihatkan wajah manis gadis bernama Gypsy Rose ini, siapa sangka dia sanggup membunuh ibunya sendiri? Lebih lagi, di mata dunia, orang melibat ibunya sangat menyayangi Gypsy. Apa penyebab kenapa pembunuh ini?

Sudah lama aku tidak berkongsi apa-apa kisah mengenai jenayah atau psikologi sebab ianya memberi kesan trigger pada aku. Tapi, apa yang aku nak kongsikan ini, supaya buat kita lebih membuka mata, tak semua yang kita nampak itu, betul-betul berlaku.


So yeah... macam aku kata tadi lah, orang pun terfikir-fikir kenapa Gypsy sanggup bunuh mak dia. Sedangkan mak Gypsy ni bukan main sayang kat Gypsy sebab Gypsy ni ada macam-macam penyakit kronik. Macam-macam sakit dia, BANYAK !

Mak Gyspy, iaitu Dee Dee Blanchard telah ditemui mati. Semasa hari kematian ibunya, Gypsy ni tak ada dekat rumah. Bila polis jumpa je Gypsy, Gypsy ni kelihatan sihat walafiat. Tak nampak sakit pun.

Lepas mak dia bercerai, slow-slow dia diagnosed anak dia macam-macam penyakit termasuklah penyakit kromoson, sakit otot, epilepsi, asma, leukimia, rosak otak, penyakit mata.. haaa serba serbi penyakitlah.


THE BEGINNING STORY.........

Sejak Gypsy Rose masih lagi seorang bayi, Dee Dee sudah membawanya ke hospital sebab kononnya mengalami penyakit sleep apnea (masalah tidur yang menyebabkan pernafasan menjadi tidak menentu dan kadang kala terhenti).

Doktor tidak melihat sebarang tanda Gypsy Rose mempunyai penyakit tersebut tapi Dee Dee masih lagi berkeras. Wanita terbabit telah menentukan sendiri bahawa anak gadisnya mempunyai sejenis penyakit kromosom yang tidak dapat dijelaskan.



Selain itu, Dee Dee juga pernah membawa Gypsy Rose ke sebuah hospital di New Orleas di mana dia menegaskan anak gadisnya kini mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Malah, Gypsy Rose juga dikatakan mempunyai penyakit sawan.

Walaupun ujian mendapati Gypsy Rose kelihatan normal, Dee Dee tetap dengan pendiriannya sehinggalah pihak hospital membekalkan wanita tersebut dengan ubat anti sawan dan tahan sakit.



Masa Gypsy Rose berumur lapan tahun, dia jatuh dari motosikal datuk dia. Dee Dee mula panik, dengan segera dia bawa Gypsy Rose ke hospital untuk merawat luka di lututnya.

Yang pelik tu, Dee Dee macam tak puas hati doktor cakap anak dia takde apa-apa. Dia bertegas bahawa Gypsy Rose cedera parah dan memerlukan pembedahan supaya berjalan semula. Sejak itu juga Dee Dee dah suruh anak dia bergantung harap dengan kerusi roda.

Atuk dan nenek Gypsy Rose, merangkap ibubapa kepada Dee Dee mula menyesyaki sesuatu. Dee Dee cepat-cepat berpindah di sebuah unit pangsapuri usang dan hidup bergantung duit insurans yang didapati melalui penyakit Gypsy Rose.


Pada tahun 2005, Taufan Katrina telah melanda dan dua beranak itu berpindah lagi. Kali ni di Aurora, Missouri. Di sana, Dee Dee dan Gypsy Rose telah dilayan seakan-akan selebriti. Dah nama pun dilayan macam selebriti kan?

Tiba-tiba Organisasi Habitat for Humanity telah membina sebuah rumah untuk dua beranak ni yang dilengkapi dengan landasan untuk kerusi roda Gypsy dan satu tab mandi panas.

Tak cukup itu, Make-A-Wish Foundation juga telah menaja mereka ke Walt Disney World beberapa kali. Malah, mereka juga pernah diberikan pas masuk belakang konsert Miranda Lambert.


DR. BERNARDO FLASTERSTEIN

MENDAPAT PERHATIAN DARI DOKTOR PAKAR......

Kisah Gypsy Rose juga mula menarik perhatian beberapa doktor pakar termasuk Pakar Neurology, Dr. Bernardo Flasterstein. Namun, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Gypsy Rose, Dr. Bernardo Flasterstein terkejut kerana mendapati Gypsy Rose sebenarnya sangat sihat, sihat seperti kanak-kanak normal yang lain !



" Saya tidak nampak sebab kenapa dia (Gypsy) perlu bergantung pada kerusi roda, " ujarnya.

Seperti biasa, Dee Dee langsung tidak menghiraukan kata-kata doktor. Untuk memastikan kesihatan Gypsy seperti yang disangka, Dr. Bernardo Flasterstein membuah panggilan kepada Pakar Perubatan lain di New Orleans. Dan akhirnya, Dr. Bernardo Flasterstein mengetahui bahawa Gypsy Rose sememangnya seorang kanak-kanak sihat.

Dan Dr. Bernardo Flasterstein mula mengesyaki, orang yang berpenyakit sebenarnya adalah Dee Dee sendiri !


DEE DEE BLANCHARD

PENIPUAN YANG MULA TERBONGKAR......

Pada tahun 2010, Dee Dee memberitahu orang ramai bahawa Gypsy Rose berusia 14 tahun sedangkan anak gadisnya itu sebenarnya sudah berumur 19 tahun. Dee Dee tak sedar satu hal, bahawa Gypsy Rose sebenarnya tahu yang dirinya seorang yang normal.

Berapa kali Gypsy Rose cuba melarikan diri dari rumah dan pergi ke rumah jirannya sambil merayu supaya mereka membawanya ke hospital. Dee Dee yang menyedari hal itu, segera memberitahu alasan bahawa Gypsy Rose sudah boleh berjalan kerana sudah lama berlatih.

Dee Dee juga meminta supaya jiran tidak mempercayai kata-kata Gypsy Rose kerana mungkin minda Gypsy Rose sudah dikaburi dengan penyakit yang dialami.

NICHOLAS GODEJOHN

KEMATIAN DEE DEE BLANCHARD

Gypsy Rose sudah mula pandai menggunakan internet. Hidupnya hanya di rumah kerana Dee Dee merantainya di rumah dan mengugut akan memecahkan jari jemari Gypsy Rose andai perbuatannya diketahui. Gypse Rose nakad, dia ingin mencari seorang lelaki yang mampu untuk menyelamatkannya.



Pada tahun 2012, Gypsy Rose telah mengenali Nicholas Godejohn, 23, di laman internet. Walaupun lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau dan mempunyai masalah mental, Gypsy Rose langsung tidak peduli. Padanya, Nicholas adalah tiket untuk dia keluar dari neraka ciptaan ibunya.

Kedua-dua mereka telah berjumpa beberapa bulan kemudian ketika Dee Dee keluar bersendirian. Setelah melalukan hubungan s*ks, pasangan itu mula merancang kematian Dee Dee.


Pada pertengahan Jun 2015, Nicholas telah memasuki bilik Dee Dee dengan bantuan Gypsy Rose. Lelaki itu kemudian telah memukul kepala Dee Dee dengan teruk sehingga wanita itu meninggal dunia. Ada orang kata, Nicholas tikam mak dia.



Aku pun tak sure mana satu yang betul. After that, Gypsy Rose dan Nicholas kemudian melarikan diri dari tempat kejadian. Yang bestnya, Gypsy Rose sempat berjalan-jalan, pergi shopping segala bagai. Yela, bila dengan mak dia, dia TERPAKSA jadi orang sakit.

Once polis buat siasatan dekat lokasi kejadian pembunuhan itu berlaku, polis jumpa satu peti yang mengandungi pelbagai jenis ubat. Korang tengok lah gambar atas tu.


BERAKHIR PENDERITAAN GADIS BERNAMA GYPSY ROSE BLANCHARD

Setelah kisah sebenar terbongkar, perasaan simpati orang ramai yang pada mulanya lebih kepada Dee Dee, kini berpaling alih kepada Gypsy Rose. Masyarakat menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati pada mendiang Dee Dee yang sanggup menganiaya anak sendiri.
Ahli psikiatri akhirnya melabel Gypsy Rose sebagai mangsa penderaan kepada seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen yang menyebabkan wanita itu percaya anaknya mempunyai sejenis penyakit yang memerlukan perhatian pakar perubatan.



Gypsy Rose, 24, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana menjadi perancang utama ke atas kes pembunuhan Dee Dee Blanchard. Manakala Nicholas Godejohn pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh.

Gypsy Rose mengaku, dia menyesal atas pengakhiran ibunya. Namun,  dia bahagia tanpa kewujudan wanita itu di dalam hidupnya.


Gypsy Rose Blanchard... dia menderita terlalu lama. Banyak pembedahan terpaksa dilakukan walaupun dia tidak sakit. Semuanya atas arahan Dee Dee.

Hampir 150 doktor pernah merawat Gypsy Rose tapi semua report bertulis 'Mother reported', 'mother states', & 'History by mother'. Doktor pun tak diagnose ataupun buat pemeriksaan pada Gypsy disebabkan mak dia dah tipu semua benda.

So, Dee Dee ni sebenarnya attention seekers. Dia buat anak dia sakit sebab nak attention dari semua orang, tapi dengan cara menipu, mendera anak sendiri untuk kepentingan diri sendiri.


Gypsy Rose Blanchard selepas beberapa tahun di dalam penjara. Dia kata dia happy duduk dalam penjara dari duduk dengan mak dia. Ya Allah.. boleh terbayang penderitaan dia. Dalam gambar nampak senyum je kan?

Sekian.
.
.
.

Post a Comment

1 Comments

  1. allah..wujud mak macam ni..sanggup cakap anak sakit utk tarik perhatian orang lain & dapat simpati. plus dapat bantuan jugak.. no wonder anak dia sendiri sanggup buat sampai ke tahap ni.

    ReplyDelete