KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 10


Chanda ingin memberi susu pada Priyam, dan dia mendapati ada kaca di dalamnya. Mereka semua terkejut dan sekali lagi Priyam merasakan ada orang ingin membunuhnya. Geetanjali percaya ada sesuatu yang belum terungkai tentang kotak dan patung di dalamnya.

Rishabh tertanya-tanya siapa yang meletakkan kaca dalam susu Priyam. Namun Priyam seperti biasa, sentiasa menyakiti hati Rishabh. Sementara itu, Geetanjali meneruskan mencari bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan kematian Abhimanyu.




Di dalam bilik itu, ada seseorang cuba merangkul Geetanjali dari belakang, lalu melarikan diri. Namun ketika itu juga, Geetanjali jumpa satu butang. Butang itu dibawa pulang. Mereka sekeluarga meraikan pesta harijadi Rishabh. Dan pada malam itu, sekali lagi bayangan Abhimanyu muncul dan mengatakan butang itu adalah satu-satunya bukti yang akan membawa Geetanjali kepada pembunuhnya.



Rishabh mendapat kiriman jam loceng yang tertulis namanya di belakang jam itu. Mengikut tradisi keluarganya, jam loceng yang tertera nama di belakang itu adalah bagi sesiapa yang telah mati. Rishabh terkejut. Namun Priyam mentertawakannya.

Bersambung....




Post a Comment

0 Comments