KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 11


KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 11 - Rishabh tidak menyedari kot kepunyaannya kehilangan satu butang. Geetanjali menyedari bahawa butang yang dijumpainya adalah butang yang sama di bot kepunyaan Rishabh. Untuk mencari bukti yang kukuh, Geetanjali pergi ke rumah orang yang mengambil upah membasuh baju-baju mereka.



Awalnya, pekerja itu menafikan sehinggalah salah seorang dari mereka membuka mulut bahawa anak mereka, Gopal, meminjamkan kot Rishabh pada seorang lelaki yang tidak dikenali. Belum sempat Geetanjali menemui Gopal, Gopal pula telah ditemui mati. Selepas itu, Geetanjali menerima sebuah panggilan telefon. Namun tidak diketahui siapa empunya suara.

Sementara Geetanjali pergi berjumpa dengan tukang basuh baju, Rishabh, Ratna dan Priyam pergi ke kuil. Di dalam kuil, Rishabh seperti diganggu bayangan Bhairavi. Ketika ingin turun dari kuil,  Rishabh terjatuh dan dia menuduh Priyam menolaknya.



Geetanjali menyoal Priyam, tetapi Priyam menafikannya. Polis datang ke rumah agam itu untuk menyiasat tentang kematian Gopal. Rishabh seakan tahu bahawa Geetanjali sudah meletakkan syak wasangka padanya.

Bersambung.....

Post a Comment

0 Comments