KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 13


Geetanjali semakin tertekan. Dia sedar, diantara ahli keluarga adalah dalang pembunuhan Abhimanyu. Semasa sedang berehat di biliknya, Geetanjali perasan ada seseorang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Penceroboh itu masuk ke dalam bilik Chanda. Ini membuatkan Geetanjali mengesyaki Chanda sesuatu. Dia yakin penceroboh itu adalah Radheshyam Namun ketika disoal, Chanda sebolehnya cuba mengelak. Ini menguatkan lagi syak wasangka Geetanjali.



Radheshyam adalah suami Chanda yang disangka mati ketika bersama dengan Abhimanyu. Namun Priyam meyakinkan Geetanjali bahawa Radheshyam belum mati. 

Rishabh dan Ratna bercadang untuk mengadakan upacara melepaskan roh Abhimanyu kerana ingin melihat Geetanjali keluar dari dunia khayalannya.

Ketika upacara dijalankan, Chanda pengsan. Doktor mengesahkan Chanda mengandung. Geetanjali sekali lagi mengesyaki Chanda. Namun, Ratna menampar Geetanjali. Ratna memberitahu, ada orang yang lebih jahat dan menyebabkan kehamilan Chanda, iaitu Rishabh.

Bersambung........

Post a Comment

0 Comments