KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 14


Geetanjali sangat sedih dengan perkara yang baru didengarinya. Dia tidak percaya, namun Ratna tetap menghasutnya. Dia bertemu dengan Rishabh dan bertanyakan tentang kehamilan Chanda. Tanpa Rishabh sedari, dia juga sedang membocorkan rahsia tentang Ragini.

Kini, selain mencari tahu tentang rahsia pembunuhan Abhimanyu, Geetanjali mula menyiasat siapakah Ragini di sisi Rishabh.  Rishabh kecewa kerana Geetanjali tidak mempercayainya. Dia seakan pasrah dan menyuruh Geetanjali percaya apa saja yang dia ingin percaya.



Nama Ragini meniti di bibir semua orang di rumah agam itu. Sehinggakan Geetanjali juga diganggu dengan bayangan Ragini. Namun, tiada siapa yang mempercayai Geetanjali dan menganggap Geetanjali masih berkhayal.

Oleh kerana terlalu menyayangi Rishabh, dia sanggup untuk bersatu dan membantu adiknya mencari pembunuh Abhimanyu. Ketika pulang dari balai polis, Geetanjali dan Rishabh berhenti di rumah ibubapa Priyam dan mendapati ramai orang di depan rumah itu. Mereka mengatakan ada bau busuk di dalam rumah itu.

Bersambung..........


Post a Comment

0 Comments