KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 15


Polis menemui mayat ibubapa Priyam di sebalik dinding di rumah itu. Geetankali baru teringat dia mendapat surat dari ibubapa Priyam dan dia yakin, ibubapa Priyam tahu sesuatu tentang pembunuhan Abhimanyu.
Malam itu, mereka terdengar bunyi pelik.

Masing-masing baru tahu ada pintu rahsia di bilik bacaan di dalam rumah agam itu. Chanda tiba-tiba muncul di sebalik bilik itu dah berpakaian pengantin seperti Ragini. Apabila disogok soalan siapa yang menyuruhnya memakai seperti itu, Chanda meyakinkan Geetanjali bahawa itu arahan dari Ratna.



Rishabh tetap mengatakan Ragini adalah watak imaginasi yang direka Geetanjali. Dia juga mengesyaki Ratna adalah dalang bagi semua ini. Namun Ratna mengatakan, jika dia dalang atas semua kejadian ini, sudah lama dia buka cerita tentang Ragini.

Demi meneruskan penyiasatannya, Geetanjali memasuki bilik rahsia di dalam bilik bacaan itu. Di situ, dia ternampak Ratna sedang bercakap dengan seseorang. Ratna yang menyedari dirinya diperhatikan, mengurung Geetanjali di sebalik bilik rahsia itu.

Post a Comment

0 Comments