KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 4


Priyam mengacukan pistol pada Rishabh. Rishabh yakin itu adalah pistol sebenar, namun sebaik Geetanjali tiba, Priyam membuktikan bahawa itu sekadar pistol mainan. Namun dia mengugut, pistol itu mungkin akan bertukar pistol sebenar satu hari nanti..

Ketika Rishabh bertengkar dengan Priyam, tiba-tiba Priyam pengsan. Geetanjali pula melihat satu cahaya  dan mengikuti cahaya itu. Ternyata cahaya itu menyerupai Abhimanyu.

Ibubapa Priyam sudah tidak tahan dengan sikap keluarga Geetanjali. Mereka ingin keluar dari rumah agam itu.

Geetanjali masih ragu namun hatinya sudah hampir mula menerima bahaya Priyam kelmaan Abhimanyu. Sementara itu, Mejar Rajveer dan ibu saudara Geetanjali, Ratna, pergi ke sebuah kampung untuk menyiasat tentang keluarga Priyam dan keluarganya.

Rajveer dapat memecah masuk ke dalam rumah Priyam dan mendapati ada sebuah bilik rahsia. Didalamnya terdapat sepucuk pistol, manakala di dinding terdapat banyak foto. Belum sempat apapun, Rajveer tiba-tiba dipukul oleh orang yang tidak dikenali.

Post a Comment

0 Comments