KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 6


Priyam memberitahu Geetanjali bahawa keluarga Geetanjali tidak menyukainya. Namun Geetanjali meyakinkan Priyam, lambat-laut keluarganya akan menerima Priyam. Geetanjali juga meluahkan rasa, yang dia sudah lama menunggu Abhimanyu, tetapi tidak sangka Abhimanyu hadir dalam rupa kanak-kanak.

Mejar Rajveer pengsan dan selepas dari sedar, dia menceritakan apa yang berlaku pada Rishabh, namun Rishabh tidak mempercayainya.


Ibubapa Priyam pulang ke rumah asal mereka dan membakar semua gambar-gambar yang pernah dilihat Mejar Rajveer. Pistol juga turut dicampak ke dalam perigi buta. Mereka ingin memberitahu Geetanjali perkara sebenar namun tidak sempat apapun, kedua mereka dibunuh. Bukan itu saja, mayat mereka juga ditanam di sebalik dinding.

Sementara itu pula, Mejar Rajveer sekali lagi pergi ke rumah Priyam. Namun dia pelik kerana keadaan di dalam rumah itu tidak seperti yang sebelumnya, dalam masa yang singkat. Geetanjali pula mendapat surat yang mengatakan nyawa Priyam sedang diancam.




Post a Comment

0 Comments