KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 7


Ratna menghulurkan salam persahabatan pada Priyam yang dipanggil Abhimanyu itu. Niat Ratna adalah ingin membunuh Priyam di bawah chandelier mereka. Namun, nasib malang tidak menyebelahi Priyam kerana Geetanjali sempat balik ke rumah agam.

Chanda, orang gaji kepada keluarga Shekhari Rajput, menyatakan rasa kurang selesa melihat Priyam sentiasa ingin bersama Geetanjali. Baginya, perwatakan Priyam tidak menggambarkan dia seorang kanak-kanak.


Rishabh akhirnya datang meminta pertolongan pada Mejar Rajveer untuk membongkar kemelut yang berada di rumah itu. Malah, dia meminta Mejar Rajveer untuk menyunting Geetanjali menjadi isteri.


Seperti kerasukan, Geetanjali terlihat bayangan Abhimanyu. Dia mengikut bayangan itu hingga ke atas bot. Geetanjali betul-betul dibuai dengan bayangan Abhimanyu sehingga dia pengsan. Rishabh mulai risau dengan apa yang menimpa adiknya.


Rishabh mula memujuk Geetanjali untuk keluar makan bersama Mejar Rajveer. Geetanjali bersetuju. Apa yang mengejutkan, mereka berdua tidak menyedari Priyam juga mengikuti mereka. Rajveer akur. Di kedai makan, Priyam bersikap pelik. Dia melayan Geetanjali tidak ubah seperti Geetanjali adalah isterinya.

Bersambung....




Post a Comment

0 Comments