KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 8


Geetanjali mengajak Rajveer berkahwin. Ternyata Rajveer terkejut. Priyam mula tidak puas hati dengan keputusan Geetanjali terhadap Rajveer. Geetanjali nekad dengan keputusannya. Dia percaya, Abhimayu hanyalah illusinya saja.




Majlis pertunangan diraikan di rumah agam itu. Priyam begitu sakit hati. Rishabh pula berterima kasih pada Rajveer kerana dapat membawa Geetanjali keluar dari illusinya.

Di majlis pertunangan mereka, satu persembahan boneka telah diadakan. Persembahan itu menceritakan kisah persis kisah percintaan Geetanjali dan Abhimanyu.

Priyam tiba-tiba muncul dan memberitahu kehadirannya memang untuk membalas dendam. Dia juga kata, Abhimanyu mati dibunuh, bukan kerana kemalangan.


Post a Comment

0 Comments