KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 9


Priyam berjanji, dia akan tetap terus mencungkil rahsia tentang pembunuhan Abhimanyu biarkan dengan bantuan Geetanjali ataupun tidak.

Geetanjali membatalkan pertunangan dengan Rajveer. Disaat dia ingin menerima hakikat tentang pemergian Abhimanyu, kini dia mengetahui satu rahsia lain. Dia juga ingin mencari tahu siapa sebenarnya pembunuh Abhimanyu.

Geetanjali juga mula ingin bersatu dengan Priyam untuk mengetahui rahsia-rahsia yang membelenggu dirinya. Pelbagai soalan ditanya pada Priyam.




Ratna menjadi sakit hati dengan keputusan Geetanjali untuk memutuskan pertunangan. Dia menyalahkan Priyam. Namun, Rishabh mula menuduh makciknya itu ada kaitan dengan semua kejadian ini.

Bayangan Abhimanyu menjengah datang pada Geetanjali. Dia ingin memberitahu sebab dan siapa yang membunuhnya. Namun akhirnya bayangan itu hilang serta merta

Priyam memberi satu lakaran pada Geetanjali. Lakaran itu merupakan sebuah kotak. Kotak yang sama mereka jumpa berdekatan mayat Abhimanyu. Geetanjali mencari Bhairavi namun tiada siapa mengenali wanita itu.

Di kesempatan itu juga, Geetanjali telah berjumpa dengan tukang tilik. Dia tertanya-tenya tentang rahsia kotak itu.

Bersambung....


Post a Comment

0 Comments