RESEPI AIR ASAM YANG SO SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR

RESEPI AIR ASAM YANG SO SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR - Assalamualaikum wbt. Selamat hari Ahad. Selamat berhujung minggu. Dah plan ke nak masak apa untuk lunch? Untuk korang yang suka makan ikan bakar especially pari tu, jom kakak awak yangs seorang ni sharing sharing resepi air asam yang so sedap untuk dimakan dengan ikan bakar.

Ikan bakar sambal ke, kerang ke, atau apa-apa yang dibakar insyaAllah sedap dimakan dengan air asam ni tau. Tak cuba tak tahu, betul tak? Kalau tak sedap, sila ketuk kepala aku dalam mimpi. Lolsss

RESEPI AIR ASAM SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR

RESEPI AIR ASAM SEDAP

Bahan-bahan :
Beberapa biji cili padi - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris dadu dan halus
1 biji bawang merah - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
5 biji limau kasturi - ambil jus
1 biji limau nipis - ambil jus dan hiris kulit limau
2 sudu besar air asam jawa Adabi Extra - bancuh dengan 1 cawan air
2 sudu besar sos cili
Secubit belacan
Secubit garam
3 sudu kecil gula



Cara-cara :
Gaulkan semua bahan sekali.  Aku suka buat at least 1 jam awal, so bahan-bahan dia dah mesra dah. Senang ya amat.... kau suruh anak tadika kau buat pun mesti pass lepas tu nanti next time suruh anak kau je buat. Haha !

Selamat mencuba !

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments