SINOPSIS BUDAK TEBING (TV3)


Baru dua episod aku layan drama ni dengan Is. Nampak menarik especially sebab ada Aedy Ashraf dengan Adam Lee. Aku memang suka lakonan diorang ni. Pelakon baru yang makin menempa nama, Bella Dowanna juga antara pelakon yang aku minat lakonannya.

JUDUL : BUDAK TEBING

EPISOD : 13 episod
HARI/MASA : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SLOT : Lestary TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team - Janjira
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris


SINOPSIS BUDAK TEBING

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan yang tidak dilakukannya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola.

Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.


Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida sangat membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu namun usahanya seakan sia-sia.



Laura, sahabat Tongki & Arif yang membesar bersama mereka, berjanji ingin membersihkan nama Arif. Laura merupakan anak dari keluarga senang, namun disebabkan ibubapanya terlalu sibuk, Laura lebih suka menghabiskan masa di tebing memberi kucing-kucing jalanan makan.



‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira dihalau oleh ibunya kerana ada kumpulan penjahat yang ingin melacurkan Ira.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.



Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?

Post a Comment

0 Comments