SINOPSIS JERAT (TV3)


JUDUL : JERAT
HARI/MASA : Sabtu, 14 Mac 2020, 10:00 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Sharidan Popeye 
PENERBIT : Electrovision Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Mona Allen, Julia Farhana Marin, Nina Kho, Ridzuan Hashim, Lan Siro, Cha Oi

SINOPSIS JERAT

Kisah tiga sahabat baik iaitu Iris, Julia dan Angie. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie dan Julia pula wartawan jenayah. Mereka saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah terutama pemerdagangan manusia dan dadah. Dalam masa yang sama, Julia sibuk membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Selepas berkahwin dan ketika Julia dan Faris sedang berbulan madu, Angie mati dibunuh. Iris dan Julia masing-masing mencari punca kematian Angie.


Selepas kematian Angie, hubungan Iris dan Julia agak berantakan. Julia mencemburui Iris dan menyangkakan Iris mahu merampas Faris darinya.

Faris, merupakan anak angkat tokan dadah iaitu geng Boss K, kumpulan yang paling dikehendaki polis. Iris menyiasat tentang Faris dan akhirnya mengetahui Faris bukanlah sejahat yang disangka. Mereka bersetongkol untuk menumpaskan geng Boss K.

Julia diculik namun akhirnya Julia dapat melepaskan diri. Faris mati namun geng Boss K berjaya ditumpaskan.


Post a Comment

1 Comments

  1. Siapakah suspek utama tu .. takkan suaminya tu kot 🤔🤔

    ReplyDelete