SINOPSIS KOI LAUT KE AAYA HAI (TV3)

SINOPSIS KOI LAUT KE AAYA HAI (TV3) - Mesti ramai tak puas hati dengan ending Chandra Nandini, kan? Kalau tengok dekat internet, sebenarnya episod Chandra Nandini panjang lagi. Mesti juga tak puas hati dengan Helena dan Pandugarth tu. Haaaa tengoklah kalau TV3 baik hati nak tunjuk kesinambungan drama Chandra Nandini ni nanti.




So, drama pengganti di Slot Sonia nanti adalah berjudul Koi Laut Ke Aaya Hai. Heroin macam best, aku rasa penerbit drama ini pun dari penerbit Naagin & Chandra Nandini juga. Kot la.. Sebab drama-drama diorang memang best !

So, marilah kita layan drama baru lakonan Surbhi Jyoti dan Shoaib Ibrahim ini.



JUDUL : KOI LAUT KE AAYA HAI
GENRE : Drama, Thriller, Dendam, Misteri, Suspen
SLOT : Sonia TV3
PENGARAH : Santram Varma
PENERBIT : Sphere Origins
PELAKON : Surbhi Jyoti, Shoaib Ibrahim, Shaleen Malhotra, Sharad Kelkar, Varun Buddhadev

SINOPSIS KOI LAUT KE AAYA HAI

Kisah bermula dengan percintaan antara Geetanjali dan Kaptain Abhimanyu Singh Rathore. Walaupun  hubungan mereka ditentang oleh Rishabh, abang kepada Geetanjali, namun Gitanjali tetap dengan keputusannya untuk mengahwini Abhimanyu.

Namun, selepas hari perkahwinan mereka, Abhimanyu hilang dalam kemalangan melibatkan kereta. Walaupun semua menganggap Abhimanyu sudah mati, namun Geetanjali tidak mahu mempercayainya.



6 tahun kemudian, Geetanjali bertemu dengan seorang kanak-kanak bernama Priyam yang mendakwa dirinya sebagai kelahiran semula Abhimanyu !

Pelbagai ujian dilakukan untuk membuktikan Priyam benar-benar kelahiran semula Abhimanyu  dan paling mengejutkan, ujian itu semuanya menunjukkan dia adalah Abhimanyu.

Namun, adakah ianya benar atau ada sesuatu yang lebih daripada apa yang memenuhi mata? Siapakah Priyam yang sebenarnya? Jom jom ramai-ramai saksikan drama pelik misteri ni hanya di TV3 ~



Post a Comment

2 Comments

  1. hy sis..assalammualaikum. sy pon tgok chandra nandini. geramm btl. tergantung je crtnyaa.. aduuhai. yg drama baru ni pon bru layan. br lps tgok.. mcm misteri je crtnyaa yaa.. πŸ˜–πŸ˜‚πŸ˜‚seram plak tgok. nnti sis update ya sinopsis selanjutnya.. tq info ni.. sy iffa.. dr bkt antrbgsa. salam prkenalan. 😁😁

    ReplyDelete
  2. Thank you http://www.aunitalib.com/2020/03/sinopsis-koi-laut-ke-aaya-hai-tv3.html

    ReplyDelete