SINOPSIS LOVE AND DEFIANCE | HAHAMAKIN ANG LAHAT (TV3)

SINOPSIS LOVE AND DEFIANCE | HAHAMAKIN ANG LAHAT (TV3) - Jangan lupa menyaksikan  drama telenovela Filipna menarik di TV3, jam 3 petang. Drama ini menggantikan Sana Wala Nang Wakas yang baru tamat ditayangkan.


JUDUL : HAHAMAKIN ANG LAHAT (LOVE AND DEFIANCE)
HARI/MASA : Setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang
SLOT : Telenovela TV3
PENGARAH : Don Michael Perez
PELAKON : Joyce Ching, Kristofer Martin, Snooky Serna, Ariel Rivera, Eula Valdez, Thea Tolentino, Chinggoy Alonzo, Jett Pangan, Marc Abaya, Marina Benipayo, Renz Valerio, Mona Louise Rey, Bruno Gabriel

SINOPSIS LOVE AND DEFIANCE

Kisah antara dua keluarga yang berjuang demi cinta dan mencari apa yang sebenar-benarnya mereka percaya. Ianya tentang penipuan, pengkhianatan, rahsia, percintaan dan kebencian.

Ivy Tan merupakan seorang waris Cina di sebuah syarikat, telah jatuh cinta dengan Nelson Solano, seorang jurutera Filipina. Walaupun terlalu banyak halangan antara percintaan mereka, namun mereka tetap berharap mereka dapat memulakan kehidupan baru bersama-sama.




Mereka meminta pertolongan sahabat baik Ivy, iaitu Laura Caraca, yang secara tidak sengaja telah mendedahkan rancangan pasangan itu. Akibatnya, berlaku satu tragedi dan ianya memecah-belahkan persahabatan antara Ivy dan Laura.

Beberapa tahun kemudian, Ivy bertemu kembali dengan Laura kerana anak-anak mereka iaitu Rachel dan Jun, salin mencintai. Ditakdirkan Rachel tiba-tiba mengandung dan berkahwin dengan Jun secara sembunyi. Jun sanggup bertanggungjawab walaupun anak yang dikandungkan Rachel bukan anaknya.

Namun, dapatkah Laura dan Ivy menerima Rachel dan Jun sebagai menantu mereka? Dapatkah keluarga ini bersatu?


Post a Comment

0 Comments