SINOPSIS PEMUJA RAHSIA (TV3)


Jangan lupa menyaksikan telefilem Pemuja Rahsia, lakonan Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini dan Haliza Misbun di TV3, slot Cerekarama jam 10:00 malam.


JUDUL : PEMUJA RAHSIA
HARI/MASA :  Sabtu, 28 Mac 2020, 10:00 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Riza Baharudin
PENERBIT : Zeel Production Sdn Bhd 
PELAKON : Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun

SINOPSIS PEMUJA RAHSIA

Adam merupakan seorang pelajar kolej yang dikenali dan popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat diantara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai pertandingan larian marathon. 

Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam. Hawa sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.  Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. 



Namun, Adam tak tahu dan tidak menyedari ada seseorang yang terlalu memujanya, iaitu Hawa. Hawa terlalu obses pada Adam, namun mereka tidak pernah bercakap antara satu sama lain.

Sesiapa yang menyakiti Adam, pasti akan terima balasan. Hawa tidak sedar ada seseorang yang lebih menyayanginya iaitu ibu saudaranya yang dipanggil Maksu.


Post a Comment

0 Comments