TAKZIAH, MAYA MATAHARI MENINGGAL DUNIA

TAKZIAH, MAYA MATAHARI MENINGGAL DUNIA : Innalillahiwainnailaihirojiun. Terkejur dengan berita yang baru dibaca. Myanaliza binti Ruslee atau lebih dikenali dengan Maya Matahari telah disahkan meninggal dunia hari ini akibat penyakit kanser tisu yang dialaminya.

Hal ini disahkan oleh sahabatnya, seorang penyanyi dan penyampai radio, Haiza. Sebelumnya, Haiza mendapat panggilan dari Ieda Moin yang memaklumkan tentang pemergian arwah. Jenazah arwah dimaklumkan berada di Sungai Buloh.


Allahyarham sememangnya tidak banyak berkongsi tentang penyakitnya. Bagaimanapun, dia telah menjalani rawatan di China dan baru pulang dari China selepas menjalani rawatan.

Mengimbas kembali kerjaya bidang seni Allahyarham, beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul "Matahari" dengan lagu popular yang bertajuk sama.


Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu "Diari Biru" dan "Mata".  Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.



Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.

Semoga roh Allahyarham Myanaliza binti Ruslee dicucuri rahmat. Salam takziah buat keluarga Allahyaham.

Post a Comment

0 Comments