19 FEBRUARI 2020 : TEMAN SUAMI BIOPSI DI KLINIK PEMBEDAHAN PLASTIK & REKONSTRUKTIF HOSPITAL KUALA LUMPUR

19 FEBRUARI 2020 : TEMAN SUAMI BIOPSI DI KLINIK PEMBEDAHAN PLASTIK & REKONSTRUKTIF HOSPITAL KUALA LUMPUR - Assalamualaikum wbt readers. Lamanya aku tak update pasal aku handle tuan suami kan? Sebenarnya. untuk dua bulan ni, aku rasa compact dengan appointment Is aje. Appointment aku pun tak banyak macam suami aku. Haha !

Untuk penjelasan, sejak Is jatuh kena mild-stroke pada tahun 2018, aku diberitahu yang Is ada Muscular Dystrophy. Kau bayangkan dah lama aku kahwin dengan dia, aku baru tahu pasal Muscular Dystrophy ni. Aku malas nak salahkan mana-mana pihak. Jadi, aku ambil alternatif untuk buat medical checkup sepenuhnya terhadap suami aku.

Bermulalah jumpa segala pakar Neurosurgeri, Neurologi dan Urologi demi mengesan diagnose dari doktor tentang penyakit dia. So, bermulalah dengan test darah dan biopsy. Ini kali pertama Is buat biopsy.


Sebelum ni sebenarnya kami dah pernah pergi tapi doktor taknak proceed sebab dia tak bagi Is drive. So kami balik, bincang macam mana apa semua. Niat memang nak panggil Grab tapi harga mencanak. In the end, Is kata dia tawakal je drive sendiri juga.

Procedure lebih kurang 40 minit je. Is awalnya nak tak nak je buat. Tapi aku paksa juga. Aku tak puas hati selagi aku tak dapat cari punca dan ubat untuk Is. Lepas procedure tu, aku tanya Is, dia confident ke boleh drive balik Rawang? Dia pun confident je kan... so okay je la. 


Untuk dua hari selepas Is biopsy, aku yang mandikan dia. Yela, as korang tahu, Is ni jenis susah nak bergerak. Ini pula dah kena potong gitu, so tangan dia macam awkward sikit. Hari ketiga Is dah boleh independent balik dah.

Sama masa bangun tidur, aku yang kena tolong angkat dia bangun. Sebab Is ni, dia depend left side untuk bangun dari tidur tapi doktor ambil sample left side juga. Memang nampak Is awkward la.

Sekarang dah okay dah. Takde sakit-sakit dah. Yang bestnya, masa dah buka benang, aku slumber gigit kat tempat dia biopsy tu. Spontan okayyyy takde niat. Sekali aku rasa bersalah sangat-sangat. Harap takde kesan apa-apa la...

Okay, next? Nanti aku update pasal appointment lain pula, okay?

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments

  1. hope auni dan husband tabah lalui dugaan yg Allah berikan.. DIA maha tahu yang korang boleh lakuakan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis Auni. Semoga Allah berikan ganjaran atas ujian yang diberikannya, Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete