4 MAC 2020 : TEMAN SUAMI DI KLINIK PAKAR PERUBATAN AM HOSPITAL KUALA LUMPUR

4 MAC 2020 : TEMAN SUAMI DI KLINIK PAKAR PERUBATAN AM HOSPITAL KUALA LUMPUR - Musim Covid-19 melanda dunia. Hmm.. assalamualaikum wbt semua. Benda ni dah lama tapi aku nak keep sharing. Actually ini appointment Is yang terakhir laa masa mula Corona Virus ni merebak. Sepatutnya next appointment dekat Urologi tapi aku tak sihat. So nak hold. Tapi tak dapat lagi nak call tukar date.

So, aku nak cerita pengalaman masa teman Is pergi Klinik Pakar Perubatan Am. Aku tak tahu pun klinik ni untuk apa sebenarnya. Kami pergi pun sebab doktor Neurologi punya order. Semuanya semata-mata nak mengesan segala alien-alien yang ada dalam badan Is.


Jadi, awal pagi kami pergi, tengok depan klinik ramai sangat orang beratur. Aku memang kena panic attack teruk sangat pagi tu. Tak keruan sangat-sangat. Rasa nak pengsan, sesak nafas bila tengok ramai sangat. Cuma aku control juga. Ada seorang makcik tu bising-bising pada aku, suruh aku ambil nombor.

Yela, aku first time. Mana tahu kena ambil nombor bagai? Selalu aku pergi appointment HKL, kerani yang akan ambil nombor. Mana tahu dekat sini kena self service pula. Dah la kena panic attack, kena bebel plak dengan makcik tu. Sabar je tau.

Lepas dah register segala bagai, Is disuruh buat ECG atau senang nak faham, check ritma jantung la. Dah tu, ambil tekanan darah dan tunggu doktor.


Dah tunggu dalam sejam kot, turn Is jumpa doktor. Masa dengan doktor ni aku ada bit down sikit sebab aku geram. Aku rasa doktor ni Medical Officer (M.O) je. Kami explain yang Pakar Neurologi suspect Is ada Muscular Dystrophy cuma doktor nak recomfirm ianya jenis apa.

Tapi M.O ni asyik cakap,  kalau Muscular Dystrophy, starting umur 30an , sepatutnya nafas dah semakin perlahan. Aku diam. Pakar Neurologi pun tak pertikaikan benda ni. M.O ni melebih pula. Cuma itulaaa... Is ni dia cool gegila. Kalau sebelum ni, dia pun down juga. Ni dia cool sangat-sangat.

Doktor tukar ubat Is. Selain tu, ada order lagi untuk Is buat Ultra sound dan ambil darah. Masa ni pun aku dah penat sangat. Mental aku breakdown teruk.




Aku bawa Is turun ke level bawah. Lepas tu ambil appointment di Ultra sound. Tapi kerani cakap ada masalah sikit pada surat appointment tu. Dia suruh aku naik atas ke Klinik Pakar Perubatan tu untuk settle masalah appointment tu. Okay fine, aku naik. Tapi Is aku tinggalkan je di bawah.

Masa menunggu tu pun dah lama sangat. Aku down lagi. Lawan lagi dengan perasaan haru biru. Semua demi Allah, demi suami aku. Aku kena kuat. Jadi aku turun semula, pergi semula ke unit Ultra sound. Dan kerani suruh aku naik atas sekali lagi, semata-mata untuk letak cop PERCUMA atas kertas appointment tu.

YA ALLAH.........

Setelah selesai semuanya, aku lari pada Is yang dah sedia menunggu aku, aku peluk dia dan airmata aku gugur. Aku menangis teresak-esak. Aku memang dah tak hirau orang pandang aku masa tu. Is peluk aku kuat-kuat, dia cakap..........

..".. Maafkan abang sebab menyusahkan sayang......"... Lagilah airmata aku gugur. Tak.. aku tak rasa dia menyusahkan aku. Cuma rohani jasmani aku sangat lemah ketika itu.


Demi Allah, andai aku ingin sangat Allah Taala makbulkan doa aku, ianya tentang tiga perkara. Kesembuhan suamiku, Norzam Iskandar, ataupun kesembuhan aku sendiri, ataupun kekuatan kudrat aku sebagai seorang isteri.

Bukan mudah seorang isteri yang berbadan kecil ini, yang mempunyai sakit kronik ini, selamanya mampu berjuang semata-mata untuk kesembuhan suami tercinta. Tapi ini perjuangan aku. Jihad aku sebagai hamba Allah Taala, dan sebagai seorang isteri.

Menangis bukan kerana aku give up, tapi sedayanya aku mencari upaya dengan segala ujian ini. Aku tak minta duit, cukuplah sentiasa doakan kudrat insan bernama Auni Afiqah yang korang kenal ni.

Salam sayang,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments