XIAOMI REDMI 8 : TERIMA KASIH SUAMIKU, WALAUPUN....

XIAOMI REDMI 8 : TERIMA KASIH SUAMIKU, WALAUPUN.... - Assalamualaikum wbt. Dah lama tau aku nak tulis entri ni. Hampir 3 bulan aku guna handphone jenama Xiaomi jenis Redmi 8. Ini atas pemberian suami tersayang yang tercinta. Tapi, aku jadi serba salah sangat-sangat. Macam-macam perasaan.

Awalnya, memang aku nak kumpul duit dan beli sendiri tapi biasalah suami aku ni, dia selalu cakap yang "abang mampu". Jadi dia hadiahkan pada aku. Dia tanya aku nak handphone apa, aku pun teguh pendirian nak cuba brand Xiaomi. Padahal sebelum ni, awal-awal aku nak guna Huawei. Entah macam mana tiba-tiba je nak beli Xiaomi.


Tengok review dekat Youtube. Memang menarik minat aku untuk membeli. Aku yakin handphone yang aku mahukan itu adalah Redmi 8. Tanpa aku sedar, review yang aku tengok tu bukan tentang Redmi 8. Maka aku pun memang decide nak beli Redmi 8 lah kisah dia.

Masa tengok dekat kedai, semuanya complete, cantik je. Lepas beli, aku perasan, speed camera agak lambat. Gambar pula ikut lighting, ada masa skrin nampak terlalu gelap. Bateri hanya bertahan awalnya saja, sebulan aku pakai, bateri mula drained dan overheated. Aku tak pasti kenapa.

Rupa-rupanya, review yang aku tengok ternyata tentang Xiaomi Mi 8. Bukan Redmi 8. Aku salah. Aku rasa bersalah sangat pada suami aku sendiri. 




5 Disember 2019 , Is ajak aku pergi NU Sentral untuk beli handphone yang konon-konon aku nak sangat tu. Masa dekat kedai memang lawa sangat. Aku tak sedar pasal speed camera yang agak slow. Ya Allah sedih sangat. Dah lah hadiah dia bagi. lepas tu salah beli phone. Semuanya sebab aku tak alert langsung dengan review aku tengok.

Bila aku dah mula frust, berkali-kali aku minta maaf pada Is. Rasa macam aku bazirkan duit dia. Aku memang mencari handphone camera cantik dan bateri tahan lama. Ni..... aku tak tahulah. Bila hantar ke kedai semula untuk check bateri aku yang over-heated ni, dia kata 3 minggu baru handphone tu siap. Naya weh !

Is nak berkorban lagi, nak belikan handphone baru untuk aku. Tapi aku kata, ini first present dia yang agak mahal dia belikan untuk aku. Aku perlu hargai. Jadi aku akan guna sebaik-baiknya.



Ini hasil dari handphone Redmi 8.  Takdelah teruk pun, cuma.. gelap. Tu yang aku frust.

Kisah handphone aku ni belum habis, bila baru nak masuk 3 bulan guna, Baby Umar dah campak baik punya handphone aku. Walid (Is) dia mengamuk laa tapi dalam mood tenang aku bagitahu Is, Baby Umar bukan tahu apa-apa pun. Terpaksa dalam keadaan redha. Salah aku letak sepah-sepah. Baby Umar ni jenis suka campak barang. Pening kepala aku. hahahaha !

Lepas tu ada kali kedua juga dia campak. Mujurlah handphone aku ni stabil lagi. Is suruh trade in je tapi zaman sekarang ni ada lagi ke babak-babak trade in ni? Aku rasa macam dah takde pun. Lagipun, aku sayang juga handphone Redmi 8 ni, sebab Is hadiahkan pada aku kan..




Lastly aku decide, guna jela selagi boleh guna handphone ni. Aku bertuah dapat suami yang tak lokek dengan duit dia tapi bila jadi kes macam ni, aku rasa bersalah sangat tau T_T

To my lovely husband, thanks for everything. Sangat hargai pemberian abang ini. Sayang akan sayang pemberian abang dan jaga sebaik-baiknya. InsyaAllah. Walaupun dah retak dek kerana kena campak. Selagi boleh guna, sayang guna ya. Semoga sentiasa dilimpahi rezeki abang. I love you so much !

Love,
Auni Muthal'lib




Post a Comment

1 Comments

  1. Sama macam akak, bila en. Hubby belikan hp.. Akak akan guna sampai reputlah.. 🤣

    ReplyDelete