HAPPY BILA DOKTOR KATA RESULT DARAH DAH OKAY...

HAPPY BILA DOKTOR KATA RESULT DARAH DAH OKAY...  Assalamualaikum wbt. Sebagai pesakit Buah Pinggang Tahap Akhir, waima mana-mana pesakit kronik, antara perkara yang paling mendebarkan adalah mengetahui result darah. Macam tu juga aku.

Sebab? Dari result darah tu la doktor dapat tahu tahap kesihatan kita. Apa yang kita makan, jaga makan ke tidak? Makan ubat dengan betul ke tidak? Kalau takde buat 'dosa-dosa' tu bolehlah cool down. Kalau ada yang langgar tu, punyalah berdebar....!


Akulah antara manusia yang sangat susah nak konsisten hal ehwal ubat dan pantang makan ni. Aku main telan aje. Sejak tahun baru ni je aku dah mula nekad nak jaga makan, konsisten makan ubat. Hmm.. untuk jaga makan tu biasanya aku cheating juga. Bab makan ubat, insyaAllah. 

1) Ubat Mahal
2) Tak Semua Dapat Ubat tu
3) Aku Taknak Makin Sakit

Sebenarnya nak sihat ni, ketentuan diri sendiri. Pilihan diri sendiri. Aku nekad sebab aku makin berumur. Lepas tu suami aku pun sakit. So aku kena sihat. Kau faham laaa kan semangat perempuan ni luar biasa sikit. Aku tiru mama aku. Lolss

Jadi, lepas beberapa hari aku berdebar-debar jumpa doktor, harinya pun tiba. Lepas dialisis, aku jadi hyperactive & happy semacam. Masuk bilik doktor, rasa berdebar tapi control gojes macam selalu.



Macam biasa, doktor akan tanya aku okay ke tidak, lepas tu tanya sikit-sikit pasal history Is, lepas tu tanya pasal aku dah jumpa Cardio ke belum, ended up-------- pasal Psyciatrist.

"Saya busy lah doktor. Baru nak jumpa Psyciatrist, dah PKP pula..."

"Kau saja bagi alasan kan? Masa sebelum PKP kau taknak jumpa pula?" Dr. Nora pandang aku sambil goyang pen.

Sambung Dr. Nora lagi -- "If you need some help, you know where you have to go.."..

Well... ya, aku agak happy lately. In fact, sebenarnya aku malas fikir. Otak aku penat nak bersedih walaupun jiwa hati aku ni sentiasa bergelumang kesedihan. Cuma, untuk refer Psyciatrist, aku hold dulu since aku tak rasa nak pergi lagi.

And then, doktor bersembang pasal result darah aku. Untuk kesekian kalinya, result Phosphate & Calcium aku, doktor kata okay. Kalau tak, aku asyik kena torture pasal result dua tu aje. Doktor kurangkan ubat Renvela dari dua biji kepada sebiji je.



Alhamdulillah. Aku happy. Extra happy bila akhirnya aku berjaya turunkan Phosphate. Disamping itu, aku kerap cuci maintain 4 jam. Padahal selalunya mesti tak habis sebab tiub Permanent Catheters ni tak bagi kerjasama.

Moga terus maintain result cantik, insyaAllah. Kalau korang tanya result darah aku, berapa bacaan, sorry to say, aku dah giveup nak mintak copy result. Asyik tak dapat je. Bye.

The writer,
Auni Muthal'lib




Post a Comment

1 Comments

  1. alahamdulillah result darah keadaan baik. banyakkkan sabar dan berdoa.
    Allah uji di dunia untuk beri kelebihan di akhirat nanti

    ReplyDelete