KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 17


Radheshyam sempat mengugut untuk membunuh Ratna. Namun, Geetanjali meyakinkan abangnya bahawa Ratna dan Radhesyam bersepakat.  Radheshyam diserahkan kepada polis.

Geetanjali memberitahu kejadian tentang bilik rahsia di sebalik dinding rumah itu. Dia juga meyakinkan Rishabh bahawa di sebalik almari Ratna, ada tersembunyi bilik rahsia. Namun ketika ingin menunjukkan bukti itu, tiada apa-apa bilik yang dijumpai di ruangan almari, Ratna dan Kavya telah dihalau keluar.




Ketika bangun dari tidur, sekali lagi Geetanjali didatangi oleh bayangan Ragini. Dia sangat percaya susuk tubuh itu adalah Ragini. Ragini meminta supaya Geetanjali menyambut perayaan "Karva Chauth" , dimana perayaan ini sempena mengagungkan dan mendoakan kesejahteraan suami. Walaupun Geetanjali seorang balu, namun demi cinta, dia turuti jua perayaan itu.

Geetanjali mendapat sebuah panggilan telefon. Dia menghubungi semula nombor itu dan telefon di bilik Rishabh berdering. Apabila ditanya pada Rishabh, dia seolah terkejut dan seperti tidak pernah tahu akan kewujudan telefon itu.



Ketika menyambut perayaan Karva Chauth, ruangan rumah itu terbakar. Geetanjali diselamatkan oleh seseorang yang menyerupai Abhimanyu. Dia juga meyakinkan Geetanjali bahawa dia adalah Abhimanyu.

Bersambung,,,,,



Post a Comment

0 Comments