KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 18



Geetanjali terkejut melihat Abhimanyu di hadapannya. Priyam masih mendakwa bahawa dirinya adalah Abhimanyu yang sebenar.  Abhimanyu meyakinkan Geetanjali tentang dirinya. Namun, dia mengatakan dia hanya mengingati Geetanjali, bukan perkara yang lain. 

Geetanjali berasa sedih dan kecewa. Rishabh memanggil polis untuk menyiasat Abhimanyu. Abhimayu menerangkan ada orang menyelamatkan dia ketika kemalangan. Rishabh menduga Priyam dan Abhimanyu untuk memasang senjata bagi membuktikan siapa Abhimanyu sebenarnya.




Dalam pada itu, Geetanjali merasakan dirinya sedang ditipu oleh semua orang. Dia tidak mahu mempercayai sesiapapun.  Kerana terlalu kecewa, dia membakar semua kenangan bersama Abhimanyu. 

Kushi, saudara kepada Geetanjali mendapat tahu Priyam adalah seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah anak yatim. Dia menghibungi Geetanjali namun dijawab oleh Priyam. Sebolehnya Priyam mengelak dari Geetanjali menjawab panggilan tersebut.

Geetanjali mula berhalusinasi setelah diberi makan beberapa jenis ubat. Akhirnya, dia dihantar ke wad mental.

Bersambung...



Post a Comment

0 Comments