KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 19


Geetanjali menjadi terlalu kecewa apabila mendapat tahu dirinya diperbodohkan selama ini. Tiada siapa yang tahu hakikat bahawa Geetanjali pura-pura gila demi membalas dendam terhadap Abhimanyu. Hanya Rajveer satu-satunya yang tahu tentang hakikat yang sebenarnya.

Abhimanyu pergi bertemu ayahnya Bharavi dan ibunya, Kalyani (yang juga menyamar sebagai Bhairavi). Sebenarnya, semua kejadian yang berlaku adalah rancangan mereka sekeluarga. Semuanya demi dendam atas kematian Ragini. Ragini merupakan kakak kepada Abhimanyu.



Priyam adalah salah seorang yang turut bersubahat dalam rancangan itu. Di rumah agam itu, Rishabh, Rajveer dan Khushi menemui beberapa kamera yang disembunyikan.

Bharavi dan Kalyani datang ke rumah agam itu dan bertemu dengan Rishabh. Bukan saja mereka berdua, malah turut hadir adalah Priyam, Ratna dan Kavya.

Geetanjali mengetahui rancangan Abhimanyu kerana dia mendapat petunjuk dari pendengar suara yang tanpa sengaja dicicirkan oleh Abhimanyu. 

Bersambung.... 


Post a Comment

0 Comments