KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 20


Abhimanyu diarahkan untuk membunuh Geetanjali. Belum sempat dia menembak Geetanjali, Geetanjali sudah rebah di depannya. Di belakang Geetanjali ada tikaman pisau. Abhimanyu terkejut lalu melarikan diri. Dia membakar pakaiannya sendiri untuk menghapuskan bukti.

Rishabh menerima panggilan dari hospital mengatakan Geetanjali sudah mati. Dia sungguh sedih. Malah kecewa kehilangan adik kesayangannya. Tanpa mereka sedari, Geetanjali sebenarnya belum mati dan semuanya dirancang dengan Rajveer.



Polis mula menyiasat tentang Abhimanyu. Dalam masa yang lain, Geetanjali mula merancang rancangan untuk mengenakan Abhimanyu dan keluarganya dalam rancangan lain. Mereka merancang untuk memerangkap Abhimanyu terlebih dahulu.

Polis mengatakan mereka jumpa rakaman CCTV di rumah itu. Namun ketika rakaman itu ingin dimainkan, tiba-tiba rakaman itu rosak. Polis menghantar rakaman itu ke makmal. Abhimanyu dan keluarga ketakutan, dan ingin memusnahkan rakaman itu.

Mereka juga tidak sedar, ini semua hasil rancangan Geetanjali dan Rajveer.

Post a Comment

0 Comments