KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 22


Semasa bertandang ke rumah Rajveer, Kavya menyedari ada satu panggilan telefon masuk ke telefon Rajver. Namun nombor itu tidak dapat dikesan. Kavya cuba mengesan nombor itu. Ketika menelefon nombor tersebut, ternyata dijawab oleh orang lain. Polis datang ke rumah agam dan tidak membenarkan sesiapa menggunakan telefon. Telefon bimbit mereka juga turut dirampas. 

Abhimanyu masih mengejar Chamki untuk menguji. Dia membawa Chamki ke tempat gelap untuk membuktikan Chamki adalah Geetanjali. Ini kerana, Geetanjali takut akan gelap.



Abhimanyu menunjukkan gambar Geetanjali pada Chamki. Dia memberitahu Chamki bahawa dia dituduh membunuh isterinya (Geetanjali). Chamki berbesar hati ingin membantu Abhimanyu. Abhimanyu membawa Chamki masuk ke dalam rumah agam mereka.

Chamki tetap in character. Lakonan Geetanjali sebagai Chamki membuahkan hasil kerana Rishabh sendiri tidak percaya itu adalah adiknya.


Post a Comment

0 Comments