KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 24


Di hospital, seorang doktor telah diarahkan untuk membunuh Chamki (Geetanjali). Namun doktor itu tidak sampai hati dan memberitahu Abhimanyu. Abhimanyu mengesyaki ayahnya. Namun ayahnya menafikan perkara itu.

Rajveer datang ke rumah agam untuk membawa Kavya keluar. Pada ketika itu dia terkejut melihat Chamki (Ini plan Geetanjali dengan Rajveer) . Abhimanyu beria beritahu Rajveer bahawa itu adalah Geetanjali. Tanpa menyedari, apa saja berlaku adalah mengikut rancangan Geetanjali.



Ketika Chamki sedang mandi, ada seseorang menganiayanya. Namun Abhimanyu sempat menyelamatkannya. Kavya muncul ketika melakukan upacara "Aarti". Ini menyebabkan Abhimanyu mula mengesyaki Kavya ada kena mengena dengan perbuatan menganiaya Chamki.

Namun, sebenarnya rancangan itu dirancang oleh Rishabh. Ratna dan Kavya ingin membawa diri dan keluar dari rumah itu tapi dihalang oleh Bhavani dan Abhimanyu.




Post a Comment

0 Comments