KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 26


Rishabh ditembak dan jatuh disisi Geetanjali. Semua nampak respon Geetanjali dan keliru sama-ada wanita di hadapan mereka adalah Chamki atau Geetanjali. Abhimanyu mula mengesyaki sesuatu dan membawa Geetanjali pergi dari situ. Polis datang untuk menyiasat tentang kes yang baru berlaku di majlis, dan Ratna dipersalahkan.



Bhairavi cuba menyelamatkan Ratna. Kalyani mulai curiga. Akhirnya rahsia Ratna dan Bhairavi terbongkar. Ratna sudah tidak tahan dihina sebagai anak akauntan. Dia memberitahu bahawa Bhairavi pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya dan dipaksa kahwin dengan bapak Rishabh. Malam itu juga, terbongkar rahsia bahawa Kavya adalah anak Bhairavi. 

Abhimanyu percaya wanita itu adalah Chamki. Namun akibat dari peristiwa di majlis itu, dia mula menyiasat kembali. Segala perkara yang menjadi bukti tentang Geetanjali telah disembunyikan, termasuk tikaman di belakang Geetanjali.



Kavya yang mengetahui tentang rahsia Chamki adalah Geetanjali, mula menyimpan dendam. Dia mengugut Geetanjali supaya menyerahkan semua harta atas namanya, jika dia mahu rahsia Geetanjali terus dirahsiakan. Dia juga memaksa Rajveer berkahwin dengannya.

Post a Comment

0 Comments