KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 29



KOI LAUT KE AAYA HAI EPISOD 29 - Munshi Ji yang berpakat untuk membunuh Rishabh, menyedari akan kehilangan Rishabh. Geetanjali masih mencuba untuk menghubungi Rajveer. Ketika cuba menghubungi Rajveer, dia telah diculik oleh sekumpulan samseng.

Kavya memaksa Rajveer berkahwin dengannya jika mahu bebas dari tuduhan membunuh Ratna. Rajveer minta jasa baik sahabatnya Inspektor Vijay, untuk mengeluarkannya daripada lokap. Akhirnya Rajveer bebas.

Di hospital tempat Rishabh dirawat, Rajveer bertemu Rishabh. Rajveer memberitahu, semua ini adalah rancangan dari Geetanjali.




Di luar mahkamah, Geetanjali dilihat bersama Abhimanyu. Di dalam mahkamah, Geetanjali mengaku itu adalah sebenar-benar dirinya. Namun peguam menafikan, kerana sebelum ini mayat Geetanjali sudah ditemui. Abhimanyu ditahan reman. Tetapi dia sempat melarikan diri.


Post a Comment

0 Comments