PKP DILANJUTKAN SEHINGGA 28 APRIL 2020, PERASAAN SEKETUL AUNI?

PKP DILANJUTKAN SEHINGGA 28 APRIL 2020, PERASAAN SEKETUL AUNI? - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan bermula 15 hingga 28 April ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

"Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ia mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi 100 peratus," katanya.


So, sebab dah lama tak menulis, aku saja nak menulis tentang perasaan aku. Aku lebih selesa tulis panjang-panjang dalam blog ni. At first, aku hanya update dekat FACEBOOK je.


Sebenarnya kan, hati aku berbelah bagi. Aku memang dah ready mental aku kalau kena extend lagi. Walaupun aku ada depressi, adakala aku agak introvert. Aku suka bercampur orang. Jadi aku agak tak keruan bila diumumkan PKP kena extend lagi. Cuma aku ambil masa untuk bertenang sikit.

Biasanya bila aku terlalu penat, aku memang akan ajak Is keluar ambil angin. Sekarang kena duduk dekat rumah, hospital, rumah, hospital.... aku agak sesak nafas sikit. Tapi demi negara dan keselamatan, aku cuba bertahan.

Aku overthink. Aku jadi takut kalau aku antara yang akan jadi positif Covid-19. Aku risau, risau akulah yang jadi pembawa virus ni. Aku jadi kesian dan sedih mengenangkan nasib frontliner yang tak dapat jumpa keluarga, suami, isteri dan anak.



Aku letih memikirkan aku nak attend appointment tapi sebab aku TERLALU TAKUT dengan virus ini sebab aku autoimmune rendah, aku terpaksa postpone semua appointment aku termasuk appointment Is.

Nak jerit tak daya, nak menangis tak kuasa. Jadi aku buat-buat gembira.

AKU BERDOA DAN BERHARAP, CUKUPLAH DENGAN MANUSIA DEGIL DAN PENTINGKAN DIRI. 

Aku sampai rasa nak menangis sebab aku terlalu takut. Nak menjadi positif dalam keadaan sekarang pun.. hmm.. aku sendiri tak tahu. Semoga kita dan keluarga dijauhi dari Corona Virus ini.

Auni Muthal'lib :)


Post a Comment

0 Comments