RESEPI DADAR BERLAUK TRADISI

RESEPI DADAR BERLAUK TRADISI - Kalau Google, memang banyak je resepi Dadar Berlauk ni. Tapi yang aku share ni spesis simple dan sedap. Apatah lagi, Dadar Berlauk versi yang akan aku kongsi ni adalah kegemaran arwah Maktok Badariah.

Dadar Berlauk ni sama macam Risoles. Cuma Risoles perlu digoreng supaya garing di bahagian luar. Dadar Berlauk pula sedia dimakan selepas digulung. Mama cakap, arwah Maktok suka makan dengan sos tomato. Terpulang pada korang, nak gigit dengan cili api macam makan Risoles pun boleh.

WhatsApp Image 2020-04-05 at 6.21.04 PM (1).jpeg - Click to view full size photo

RESEPI DADAR BERLAUK TRADISI

Bahan-bahan lempeng :
(Tepung, santan, air, garam, minyak - Kisar dan tapis)

Atas kuali non-stick, tuang satu adunan tepung dan buat lempeng. Ketepikan.

Bahan-bahan inti :
Daging direbus dan dicarik - prefer batang pinang

Bahan kisar :
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan lain :
Minyak sapi
Serbuk jintan manis
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Garam, gula
Santan
Sedikit kelapa parut




Cara-cara :
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar. Masukkan daging, serbuk jintan manis, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, santan dan perasakan dengan garam dan gulu. Masak sehingga kering.

Kemudian, ambil inti tadi dan masukkan dalam lempeng. Lipat seperti ketayap dan sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan sos tomato.

Selamat mencuba.



Post a Comment

1 Comments