RESEPI HAKKA CHINESE LO PET BAN (DUMPLING LOBAK PUTIH)

RESEPI HAKKA CHINESE LO PET BAN (DUMPLING LOBAK PUTIH) - Nampak geng kidney, Kak Jassica Ho update pasal kuih ni. Terus aku Google. Tengok status Kak Jas, macam rumit nak membuatnya. Aku saja nak simpan dalam blog ni dulu. Mana tahu aku ada masa rajin nak buat kan kan kan? Harini aku rajin buat danmuji je. Mana tahu esok lusa nak rajin-rajin buat Lo Pet Ban pula.

So, Lo Pet Ban ini adalah sejenis dumpling berinti lobak putih. Rupa dia macam Ang Kueh. Aku tak tahu rasa dia macam mana, tapi cara pembuatannya mungkin agak memenatkan. Selepas diisi inti, dumpling ini akan dikukus. Sebelum kukus tu dia susun atas daun buluh. Haaaa dah dah lah membebel. Jom kita fokus resepi.

Gambar hasil ehsan Kak Jassica Ho


RESEPI HAKKA CHINESE LO PET BAN (DUMPLING LOBAK PUTIH)

BAHAN-BAHAN KULIT DUMPLING :

Tepung pulut 300 gram
Tepung beras 150 gram
Air suam panas 100 ml
Minyak 1 sudu besar

CARA-CARA MEMBUAT DUMPLING :

Campurkan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian masukkan minyak dan tuang air suam perlahan-lahan. Uli hingga menjadi doh lembut.




BAHAN-BAHAN INTI :

Lobak putih 600 gram - disagat dan diperah
Cendawan shitake - direndam dan dihiris
Daging cincang
Udang kering - basuh, dan cincang
Daun bawang - hiris halus
Taucu 1 sudu kecil - dihancurkan
Garam
Serbuk lada hitam

CARA MASAK INTI :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging cincang. Kemudian masukkan cendawan, taucu dan udang kering. Setelah masak, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam lobak putih. Masukkan juga daun bawang, garam, dan serbuk lada hitam.

CARA BUAT LO PET BAN :

Panaskan pengukus. Uli sedikit kulit dumpling dan buat bulat-bulat. Kemudian leperkan dan masukkan inti. Gunakan daun buluh yang digunting sebagai pelapik. Jika tiada, gunakan kertas minyak.

Selamat mencuba :)


Post a Comment

0 Comments