SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA (TV3)


SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA (TV3) - Tahukah korang bahawa ada drama best di slot Akasia berjudul Bukan Gadis Biasa, lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak?

JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
HARI/MASA : Isnin-Sabtu, 7:00 malam
SLOT : Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Markoto Kobota, Chinta Nadessha
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Haji Yahya

PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia,  Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA

Kemelut hidup yang penuh dengan dugaan membuatkan Johana berubah perwatakan dari kanak-kanak manja, kepada remaja tomboy. 

Ibu dan bapanya masing-masing merupakan penagih dadah. Dia juga terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya, setelah kematian kakaknya.

Dia kemudian berkenalan dengan Amirul, seorang pelatih tinju yang sudah lama menyimpan perasaan pada Johana.





Rayyan, memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.

Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.



Post a Comment

0 Comments