SINOPSIS DASTAAN-E-MOHABBAT SALIM ANARKALI (TV3)

SINOPSIS DASTAAN-E-MOHABBAT SALIM ANARKALI (TV3) - Koi Laut Ke Aaya Hai dah sampai penghujung. Sekarang ada cerita baru uolsss. Susah betul nak sebut. Kembali kepada cerita di zaman istana. Daastaan-E-Mohabbat : Salim Anarkali yang bermaksud, Kisah Percintaan : Salim Anarkali, adalah kisah sejarah India yang dicipta oleh Ludhiana Pathak's Writer's Galaxy Studios. Dilakonkan oleh Shaheer Sheikh dan Sonarika Bhadoria


JUDUL : DASTAAN-E-MOHABBAT : SALIM ANARKALI
EPISOD : 69 episod
GENRE : Sejarah, Romantik
SLOT : Sonia TV3
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, jam 4:00 petang
PENGARAH : K Mohit Kumar, Amit Gupta, Dinesh Mahadev
PELAKON : Shaheer Sheikh, Sonarika Bhadoria, Piyush Sahdev, Heli Daruwala, Gurdip Kohli, Nawaz Khan, Tasneem Sheikh, Parvati Sehgal, Aruna Irani, Shruti Ulfat

SINOPSIS DASTAAN-E-MOHABBAT SALIM ANARKALI (TV3)

Salim diramalkan akan menjadi pahlawan yang hebat dan berkemampuan untuk menjadi raja yang hebat. Satu hari juga Salim diramalkan akan menentang ayahandanya, Akbar. Akbar berjanji, perkara itu tidak akan berlaku.


Ketika perompak menyerang kampung Agra, seorang gadis bernama Saifu, dan ibu saudaranya Jhillan, menyelamatkan Salim ketika mereka melarikan diri. Setelah mengetahui bahawa Saifu menyelamatkan nyawa Salim, Akbar menamakan Saifu sebagai Anarkali, yang bermaksud 'delima yang mekar'. 

Peramal juga berkata, Anarkali akan menjadi punca permusuhan Salim dan Akbar.. Ketika kembali ke Agra, Salim dan Anarkali menjadi kawan baik.



Salim membesar menjadi seorang pejuang yang berani. Walaupun bersikap ganas, dia memiliki sikap ibunya, Jodha, seorang yang lembut dan memaafkan. Anarkali juga membesar menjadi pelayan istana yang pemalu, lemah lembut dan rapat dengan Jodha.



Dia sentiasa menulis surat pada Salim walaupun tidak pernah mendapat balasan. Anarkali begitu mencintai Salim namun dia tahu, sebagai pelayan istana, tidak mungkin dia akan jadi permaisuri. Anarkali tidak disukai oleh ibu tiri Salim, iaitu Ruqaiya, dan juga nendanya, Hamida.

Pelbagai konflik berlaku dalam drama ini.



Post a Comment

0 Comments