BERMULA DENGAN APA SAJA YANG ADA DI TANGAN


BERMULA DENGAN APA SAJA YANG ADA DI TANGAN - Biarpun hidupnya kelihatan sederhana, tetapi dia memiliki pengikutnya yang tersendiri. Dia menggunakan hanya apa yang ada padanya. Bermula dengan cuba-cuba saja, kini pengikut saluran Youtube miliknya telah mencecah hampir 500,000 orang.

Mesti ramai yang mengenali Sugu Pavithra, seorang suri rumah berbangsa India yang sangat fasih berbahasa Melayu. Sugu Pavithra berjaya menarik minat pengikut Youtube untuk terus mengikuti siaran miliknya. Youtube atas nama Sugu Pavithra adalah gandingan antara Pavithra dan suaminya.



Pavithra sekeluarga tinggal di kuarters ladang swasta yang disediakan oleh majikan suaminya di Sungai Siput. Dia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa berasal dari Buntong, Ipoh manakala suaminya M.Sugu, bekerja sebagai pekerja di ladang kelapa sawit. Kedua mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki.



Pavithra seorang yang biasa-biasa saja pada awalnya. Yang kasihkan suami dan anak-anaknya, yang hanya berbekalkan telefon bimbit yang dibelinya secara berhutang.

Atas saranan rakan baiknya yang juga seorang Youtuber, Pavithra mula menjinakkan diri membuat video berbekalkan 'tiga harta' yang dimilikinya iaitu :

▪️Fasih dalam berbahasa Melayu
▪️Kemahiran memasak
▪️Masa untuk mencipta hasil

Tiada modal yang besar digunakan Pavithra untuk meraih penonton. Cukup bermodalkan apa saja yang ada di tangan. Ini termasuklah kuali, periuk dan sudip.


Sugu Pavithra membuka mata semua, jangan takut untuk mencuba dan jangan berlengah. Buat saja dengan menggunakan apa saja harta yang boleh menghasilkan kandungan yang baik.

Harta yang sudah sedia untuk kita gunakan adalah :

▪️ Telefon bimbit dalam tangan
▪️ Masa yang dapat dibelanjakan
▪️ Simpanan pengetahuan dan pengalaman yang belum dikeluarkan
▪️ Bahasa Melayu yang dikuasai dengan baik
▪️ Kemahiran menulis yang asas

Harta-harta ini kita dapat gunakan dan praktikkan dalam penulisan yang akan memberi kita kebahagiaan dengan memberi jiwa kepada pembaca.

Tak tahu macam mana nak gunakan semua harta ini di dalam penulisan? Tak perlu gusar,  ramai guru-guru hebat yang boleh membantu kita di sini --- [klik] ---> bit.ly/sprhazel



Post a Comment

1 Comments

  1. Akak salute pasangan ni...redah je dan dapat hasil yang terbaik

    ReplyDelete