INISIATIF PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU OLEH AYAM BRAND™ UNTUK KOMUNITI DI LEMBAH KLANG YANG MEMERLUKAN

INISIATIF PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU OLEH AYAM BRAND™ UNTUK KOMUNITI DI LEMBAH KLANG YANG MEMERLUKAN - Pandemik Covid-19 telah menghasilkan komuniti yang terbaik di Malaysia dengan semangat #KitaJagaKita yang semakin bersinar.



Rakyat Malaysia telah menunjukkan semangat mereka untuk memberi kepada mereka yang memerlukan, dan juga bertekad untuk hanya mengambil apa yang mereka perlukan saja. Sikap ini sangat sesuai untuk operasi pantri makanan yang berkonsepkan ‘Ambil Apa yang Anda Perlu, Tinggalkan Apa yang Anda Boleh’.


Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 rumah kebajikan di seluruh negara ini, memberi kuasa kepada mereka untuk membantu masyarakat sekitar yang memerlukan.

Kempen di Kuala Lumpur dan Selangor membuktikan kejayaan dengan komuniti di Pudu dan Ukay Heights. Makanan dalam tin untuk pantri disediakan oleh Ayam Brand, menggerakkan masyarakat dan mendorong mereka yang perlu mengambil, dan mereka yang dapat memberi.


Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.


Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti seperti sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin da  biskut raya !


Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara komuniti rakyat Malaysia berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti.



Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.



Pantri Makanan #AyamWithYou di kawasan Lembah Klang bertempat di Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah, No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor.





Untuk korang yang berniat nak buat sumbangan pun, boleh. Mana tahu dengan meringankan beban mereka yang memerlukan, perjalanan hidup kita juga dipermudahkan?

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari :


Post a Comment

1 Comments

  1. Bgus sangat ayam brand buat mcm ni. Mana yang meemrlukan boleh ambil brg kat sini

    ReplyDelete