KENA KOMPAUN SEBAB DEGIL, TIDAK BERHATI PERUT KE?

KENA KOMPAUN DEGIL, TIDAK BERHATI PERUT KE? - Agak terpanggil untuk menulis sikit tentang ini. Aku sebenarnya sedih, sebab rasa terbengkalai dengan apa saja yang aku nak lakukan sepanjang musim PKP/PKPB ini. First of all, aku menulis ni merangkumi semua. Kalau korang bukan tergolong dalam spesis-spesis yang aku cerita ini, abaikan ya. Aku minta maaf.

Walaupun dah ditukar kepada PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), namun, sebaiknya, duduk di rumah adalah yang sebaik-baiknya. Kita nak putuskan rantaian, bukan nak menambahkan lagi.

Sumber-Berita Harian Online

Mungkin kita terlalu mendabik dada sebab bukan kita diantara mereka yang terkena virus Covid-19. Tapi, dah tak ada hati perut ke kita ni?

Perdana Menteri serta doktor yang bertugas banyak kali berpesan, #StayAtHome untuk putuskan rantaian ini, tapi kita degil.



Untuk musim perayaan ini, beberapa rakyat Malaysia telah dikenakan kompaun akibat - DEGIL ! Diberi izin ziarah hanya pada Raya Pertama itupun rentas daerah, hanya boleh 20 orang, tetapi ada yang siap buat Rumah Terbuka. Bukan saja Raya Pertama, tetapi hari-hari raya seterusnya.

Jarak? Kita memang tak jaga. Sedangkan orang yang tiada simptom juga ada potensi terkena virus Covid-19.



Penting diri sangat ke kita ini? Mungkin kes di Malaysia tak sebesar negara lain, tetapi jika kita tidak menjaga sesama kita, macam mana kita nak putuskan rantaian? Maka, tidak akan putuslah, kan?

Kasihankanlah warga-warga yang mempunyai immune badan rendah seperti pesakit kronik, kanak-kanak dan warga emas. Kasihan juga pada golongan frontliner yang terpaksa menanggung segala beban akibat kedegilan ini.

Masih ada juga yang berani bawa anak-anak ke shopping mall. Allahuakbar ! Aku betul-betul speechless bila memikirkan apa yang rakyat Malaysia fikir.

Bila kita terlalu mementingkan diri, kita bukan saja merisikokan diri sendiri, malah orang tersayang serta orang sekeliling. Impak sangat besar jika PKP terjadi lagi.

Ingatlah, masih ramai yang perlu pergi kerja, perlu cari nafkah untuk keluarga. Tiada kerja, tiada gaji. Tiada gaji, tiada duit.

Ada anak yang rindukan ibubapanya. Ada ibubapa yang terpaksa menahan rasa sebab berjauhan dari anak-anak demi kerja dan menjaga pesakit Covid-19.

Cukuplah. Kita Jaga Kita, bersama-sama. Semoga Covid-19 ini terus putus atas kerjasama kita. Aku berdoa, supaya rakyat Malaysia masih ada rasa empati dan simpati. Bukan pentingkan diri sendiri.

Love,
Auni Muthal'lib




Post a Comment

1 Comments

  1. Keadaan yg memaksa...perlu patuh arahan pemerintah utk kebaikan semua juga

    ReplyDelete